UKM terus kuasai Kriket Perisai Raja-Raja

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan penguasaan dalam saingan Kriket Perisai Raja-Raja dengan kemenangan mudah 106 larian ke atas Tentera dalam pertemuan babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 8 Mac 2015.

Walaupun UKM  yang memukul terdahulu hanya melakukan 175 larian, Tentera tidak dapat bertahan lama dan terhenti pukulan dalam 35 over dengan hanya melakukan 69 larian.

''Kami sudah menjangka tidak mampu mengejar angka UKM sesudah beberapa pemukul harapan terkeluar,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Angkatan Tentera, Mejar Keshvinder Randhava.

UKM bermula garang tetapi dengan lebih berhati-hati sehingga menamatkan pukulan setakat 175 larian; angka yang tidak begitu meyakinkan.

''Serbuan barisan pemutar memaksa Tentera akur dengan kekalahan ini,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hadir dalam babak akhir semalam. Turut hadir  Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Ramlan A. Aziz, Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaition Othman dan bekas Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharipah Hapsah Shahabudin.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR

UKM kalahkan Tentera dengan 106 larian.
UKM 175 (48.3 over) Adam Zulkifli 50, Faiz M. Noor 31, Adib Rahim 18, Shafiq Sharif 16, Nik Azril Arifin 14, Faizal Abu Hassan 13, Shahrulnizam Yusof 11.  Suharril Fetri Shuib 5-16, Shukri Rahim 2-31.
Tentera 69 (35 over) Norwira Zazmie A. Halim 26, Rosman Zakaria 12. Nik Azril Arifin 5-15, Shahrulnizam Yusof 2-18.
Pemain terbaik babak akhir: Nik Azril Arifin (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Noor Afif Saufee (UKM).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).