Tentera dan UKM berentap dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Seperti tahun lepas, juara bertahan Universiti Kebangsaan Malaysia akan berentap lagi dengan Tentera dalam babak akhir Kriket Perisai Raja-Raja yang akan berlangsung di Bayuemas Oval, Klang pada 8 Mac 2015.

Semua pertemuan separuh akhir pada 7 Mac menyaksikan kedua-dua pasukan yang menang menghentikan kemaraan lawan dengan mudah.

Di Bayuemas Oval, Tentera menghumban Sarawak dengan 202 larian manakala UKM menyingkirkan Kelantan dengan sembilan wiket di UKM Oval, Bangi.

''Kami sudah lama dahagakan kejuaraan dan saya dapat rasakan pertemuan akhir kali ini dapat memihak kepada kami,'' kata Setiausaha Kriket Tentera, Mejar Keshvinder Randhava.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1951. 

KEPUTUSAN:

Tentera kalahkan Sarawak dengan 202 larian.
Tentera 265-8 (50 over) Norwira Zazmie A. Halim 70, Hairil Anuar 43, Suharril Fetri Shuib 24, Rashid Ahad 22, Nazri Noor 20. Azly Dahlan 3-43, Awang Amirul Rashid Sadam 2-55.
Sarawak 63 (27 over) Maxwell Stephen Bala 23, Pasha Syafiq Iqbal Ali 17.  Shukri Rahim 2-12, Fhadli Ishak 2-13.
Pemain terbaik: Norwira Zazmie A. Halim (Tentera).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).
 
UKM kalahkan Kelantan 9 wiket.
Kelantan 89 (41.2 over) Faiz Ahmad Nasir 35, Fadli Haris A. Rahman 13, Shahriel Aizat Nor Azmi 12.  Anwar A. Rahman 3-8, Faruq Hakimin Azmi 3-17, Adam Zulkifli 2-17.
UKM 91-1 (9.3 over) Noor Afif Saufee kekal 34, Faizal Abu Hassan kekal 33, Adam Zulkifli 20.
Pemain terbaik: Noor Afif Saufee (UKM).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Redzuan Shahadan (Selangor).
Pencatat: Kamaruddin Ismail (Perak).

JADUAL 8 MAC 2015
(BABAK AKHIR) 
 
TENTERA lwn UKM
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)