Sarawak kalah teruk kepada juara tahun lalu

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia memastikan langkah ke separuh akhir saingan kriket Perisai Raja-Raja dengan mencapai kemenangan besar hari kedua; 288 larian ke atas Sarawak di UKM Oval, Bangi dekat sini semalam.

Dengan keperkasaan ramai pemain kebangsaan, UKM selaku juara 2014 hanya menunggu pertemuan dengan Negeri Sembilan pada 5 Mac bagi menentukan juara kumpulan A pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu.
 

''Berpandukan kehebatan menumbangkan Sarawak dengan angka besar, kami semakin yakin akan menguasai lagi pertandingan,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Di Bayuemas Oval, Klang, Kelantan tumpas dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 16 larian.

Negeri Sembilan pula membuka peluang kemaraan dengan kemenangan lima wiket ke atas Terengganu di Kelab Aman manakala Tentera  menghumban Sabah dengan enam wiket di Victoria Oval di sini.

''Kami tiada peluang lagi tetapi Sabah tetap memberi tekanan kepada pencabar yang kami tentang,'' kata pengurusnya yang juga bekas pembaling kidal kebangsaan, Haerul Marsudin.


KEPUTUSAN:
 
UKM kalahkan Sarawak dengan 288 larian.
UKM 374-4 (50 over) Shafiq Sharif kekal 157, Adib Rahim kekal 50, Adam Zulkifli 50, Faizal Abu Hassan 50, Noor Afif Saufee 49.  Rafizul Radiman 2-54.  
Sarawak 86 (39.1 over) Barnes Cole James 24, Awang Amirul Rashid Sadam 14, Maxwell Stephen Bala 10.  Nik Nabil Safwan Anuay 3-13, Anwar A. Rahman 3-18, Fadzrin Kate-Lee 3-31.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (UKM).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Redzuan Shahadan (Selangor).
Pencatat: Kamaruddin Ismail (Perak).

Negeri Sembilan kalahkan Terengganu dengan 5 wiket.
Terengganu 52 (18.4 over) Amiruddin Azahar 15, Fauzan Malik 10.  Azwar Tajri 5-14, Haziq Hashim 3-22, Nik Nazran Sufri Anuay 2-5.
Negeri Sembilan 53-4 (10.2 over) Azwar Tajri 17, Faizshal Niaz-Lyn 15.  Amiruddin Azahar 2-14, Kairul Azrin Matsiah 2-29.
Pemain terbaik: Azwar Tajri (Negeri Sembilan).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur) & Zahlan Hassan (Melaka).
Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (Pahang).

Tentera kalahkan Sabah dengan 6 wiket.
Sabah 78 (32.5 over) Hamzah Amat 20, Sudarmin Darwis 13.  Rashid Ahad 3-25, Shukri Rahim 3-21, Nazri Noor 2-4, Razman Zabri 2-20.
Tentera 82-4 (17.1 over) Syahadat Ramli 25, Zaidan Taha Hasim 13, Fhadli Ishak kekal 11, Hairil Anuar 11.  Saiful Ali 2-29.
Pemain terbaik: Rashid Ahad (Tentera).
Pengadil: Izmir Azraf Zakaria (Melaka) & Rudy Ismandi Mansor (Perak)..
Pencatat: Rasul Iqbal Ghazali (Pahang).
 
UiTM kalahkan Kelantan dengan 16 larian.
UiTM 119 (36.3 over) Adzim Yahaya 35, Tajudin Ismail 26, Azman Tajri 19.  Faiz Ahmad Nasir 3-37, Shahriel Aizat Nor Azmi 2-7, Nik Abdul Rahman Muhamad 2-8, Fatah Ibrahim 2-14.
Kelantan 103 (40 over) Fatah Ibrahim 25, Shahriel Aizat Nor Azmi 15, Mahathir Razali 15.  Nik Muhammad Hasyim Muhammad 5-26, Muazzam Hadi 3-22, Nor Azli Karim 2-13.
Pemain terbaik: Nik Muhammad Hasyim Muhammad (Kelantan).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).
 
JADUAL 5 MAC
 
UKM lwn NEGERI SEMBILAN
(UKM Oval, 9.30 pagi)
 
SARAWAK lwn TERENGGANU
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
TENTERA lwn KELANTAN
(Kelab Aman, 9.30 pagi)
 
SABAH lwn UiTM
(Victoria Oval, 9.30 pagi)