UKM menang besar, Sarawak memeranjatkan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula dengan baik apabila menang besar; 351 larian ke atas pendatang baru, Terengganu dalam pembukaan Kriket Perisai Raja-Raja di UKM Oval Bangi pada 3 Mac 2015.

Terengganu yang hanya bertahan setakat 40 larian selepas sajian tengah hari kurang bertenaga sewaktu memandang apabila membenarkan dua pemukul UKM, Faizal Abu Hassan dan Faruq Hakimin Azmi masing-masing melakukan 106 larian dan 104 tanpa tewas.

''Seperti biasa, kami mahu menang sampai merangkul kejuaraan lagi,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Di Victorial Oval, Sarawak memeranjatkan Negeri Sembilan dengan kemenangan 29 larian manalkala naib juara tahun lepas, Tentera menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 26 larian di Kelab Aman.

Kelantan yang diwakili hampir semua pelajar daripada kumpulan Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia memeranjatkan Sabah dengan kemenangan tujuh wiket di Bayuemas Oval, Klang.

KEPUTUSAN:
 
UKM kalahkan Terengganu dengan 351 larian.
UKM 391-6 (50 over) Faizal Abu Hassan 106, Faruq Hakimin Azmi kekal 104, Nik Azril Arifin kekal 52, Norhamizan Hamidon 34, Adib Rahim 34, Faiz M. Noor 19, Adam Zulkifli 13.  Kairul Azrin Matsiah 3-57, Amiruddin Azahar 2-46.  
Terengganu 40 (21.2 over) Amiruddin Azahar 14.  Shahrulnizam Yusof 5-9, Nazril A. Rahman 4-9.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM).
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).
Pencatat: Kamaruddin Ismail (Perak).
 
 
Sarawak kalahkan Negeri Sembilan dengan 29 larian.
Sarawak 177-8 (50 over) Pasha Syafiq Iqbal Ali 53, Maxwell Stephen Bala 40, Awang Amirul Rashid Sadam 21, Ikmal Gabin 20.  Aliff Safwan Zol 3-37, Ikmal Yazid 2-21, Haziq Hashim 2-25. 
Negeri Sembilan 148 (40.1 over) Aminudin Ramly 34, Azwar Tajri 30, Faizshal Niaz-Lyn 23, Aliff Safwan Zol 20.  Rafizul Radiman 4-27, Maxwell Stephen Bala 3-36, Ikmal Gabin 2-42.
Pemain terbaik: Maxwell Stephen Bala (Sarawak).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Izmir Azraf Zakaria (Melaka).
Pencatat: Rasul Iqbal Ghazali (Pahang).
 
Tentera kalahkan UiTM dengan 26 larian.
Tentera 121 (37.1 over) Suharril Fetri Shuib 38, Syahadat Ramli 27, Rashid Ahad kekal 23.  Elmi A. Rahman 4-16, Khairul Izuan Razman 2-20, Muazzam Hadi 2-24, Nik Muhammad Hasyim Muhammad 2-26.
UiTM 95 (45.5 over) Tajudin Ismail 24, Irfan Ruzdi 12, Che Wan Razlan Zalati 11.  Syahadat Ramli 3-10, Rashid Ahad 3-12, Shukri Rahim 2-24.
Pemain terbaik: Rashid Ahad (Tentera).
Pengadil: Zahlan Hassan (Melaka) & Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).
Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (Pahang).
 
Kelantan kalahkan Sabah dengan 7 wiket.
Sabah 67 (29.1 over) Sudarmin Darwis 15, Saiful Ali 12, Ghull Labshah Hussin 11, Afiq Jabri Bahri 10.  Faeiz Redzuan Tarmizi 4-20, Fatah Ibrahim 4-22, Mahathir Razali 2-7.
Kelantan 68-3 (16.3 over) Mahathir Razali kekal 29, Fadli Haris A. Rahman kekal 10.  Trisman Rudi 2-33.
Pemain terbaik: Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan).
Pengadil: Bertle James (Negeri Sembilan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).
 
JADUAL 4 MAC 2015
 
UKM lwn SARAWAK
(UKM Oval, 9.30 pagi)
 
TERENGGANU lwn NEGERI SEMBILAN
(Kelab Aman, 9.30 pagi)
 
SABAH lwn TENTERA
(Victoria Oval, 9.30 pagi)
 
UiTM lwn KELANTAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)