Matlamat capai angka tinggi di Perth
Saturday, 06 December 2014 20:56
KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 18 Melayu Malaysia merancang mengumpulkan angka tinggi dalam misi latihan pendedahan di Perth bermula 8 hingga 14 Disember ini.
Angka maksimum larian seperti yang diberitahu oleh pengurus pasukan, Khailani A. Jalil ialah sekurang-kurang 250 larian dalam setiap perlawanan atau dalam sesi mengejar angka pada tahap lima larian satu over atau angka yang lebih apabila keperluan ditagih.
''Itulah sasaran kami dalam mengharungi lima pertemuan dengan pasukan-pasukan yang merupakan pusat pembangunan Persatuan Kriket Australia Barat atau WACA,'' katanya.
Dalam siri Jelajah Australia tahun lepas, pasukan Melayu Malaysia menang tiga daripada lima pertemuan.
Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang memperoleh tajaan Yayasan Sime Darby dalam program pembangunan kriket nasional turut sama menghantar skuad bawah 14 ke Sri Lanka bulan lepas di samping pendedahan pasukan perempuan di Chiang Mai, Thailand akhir November.
SENARAI PASUKAN BAWAH 18 MELAYU MALAYSIA:
Anwar A. Rahman (ketua), Faiz Ahmad Nasir, Mahathir Razali, Faris Aizzat Shaari, Amdam Wiliyoh, Hadi Halem, Norhamizan Hamidon, Wafiq Irfan Zarbani, Ibrahim Kalil Zakaria, Azwar Tajri, Irfan Ruzdi, Akmal Aizat Sham, Nik Nazran Sufri Anuay, Zaim Asnawi Osman.
Pengurus: Khailani A. Jalil
Jurulatih: Zaid Asyraf Nor Azmi
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn
JADUAL:
8 Dis: Melayu Malaysia lwn Bayswater Morley
9 Dis: Melayu Malaysia lwn Kent Street
10 Dis: Melayu Malaysia lwn John Forest College
11 Dis: Melayu Malaysia lwn Belridge
14 Dis: Melayu Malaysia lwn Mt. Lawley