UKM pertahan kejuaraan dengan kemenangan empat wiket

KUALA LUMPUR - 'Ulangan babak akhir' memberi kelebihan kepada tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia apabila menumbangkan Universiti Christ dari India dengan empat wiket dalam perlawanan akhir Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang  pada 15 November 2014.

Dengan kecemerlangan itu, UKM memenangi pertandingan buat tahun ketiga berturut-turut dengan Universiti Christ pula tumpas dalam babak akhir buat tahun kedua.

Meletakkan sasaran 104 untuk menang, UKM tertekan tanpa sebab pada pengakhir perlawanan apabila kehilangan enam wiket sebelum meminta angka lawan.

''Apa pun kemenangan yang penting. Tahun depan kami akan bersaing dengan lebih yakin dengan kehadiran ramai pemain yang kini mewakili kelab luar negara dalam program penempatan Persatuan Kriket Melayu Malaysia,'' kata pengarah kejohanan, Fairus Shafie.

KEPUTUSAN:
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Christ, India dengan 4 wiket.
Universiti Christ, india 103 (39.2 over) S. Venkatesh 34, Sidhant Sabikhi 21, Nihal Fernando 12. Nazril A. Rahman 4-20, Shahrulnizam Yusof 3-14, Fitri Sham 2-20.

Universiti kebangsaan Malaysia 105-6 (19.3 over) Faizal Abu Hassan kekal 34, Shafiq Sharif 19, Adam Zulkifli 18. Surya Balagopal 3-32.
Pemain terbaik: Nazril A. Rahman (Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pemain terbaik kejohanan: Waqas Mehbbob (Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir syed, Pakistan)
Pengadil: Zaidan Taha (Kelantan) & Mat Rani Seman (Kelantan)