UKM berentap lagi dengan Universiti Christ dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, Universiti Christ dari India akan beraksi lagi dalam babak akhir Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa untuk bertemu tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bayuemas Oval, Kg. Pendamar, Klang pada 15 November 2014.

Laluan pasukan dari Bengaluru, Karnataka itu menjadi mudah apabila menumpaskan juara bertahan, UKM dengan 20 larian di Bayuemas Oval pada 14 November 2014.

 

''Kami mengalu-alukan 'ulangan' pertemuan dengan Universiti Christ. Kami menjangkakan pertemuan akan menjadi tegang kerana kedua-dua memang pasukan handal.

''Jangan pertikai bagaimana kami tumpas hari ini (14 November 2014). Ini bukan perancangan untuk memudahkan laluan Universiti Christ malah mereka bermain dengan baik dalam perlawanan terakhir pusingan awal,'' kata pengarah kejohanan, Fairus Shafie.

Dalam satu lagi pertemuan, Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan membenam Universiti Negeri Padang dengan lapan wiket. 

 

KEPUTUSAN:

Universiti Christ, India kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan 20 larian.

Universiti Christ 156-8 (40 over) Amit Chand 44, Abhilash 19, Abrar Essa 16, Karan Lamba 14. Nik Nabil Safwan 4-21, Fitri Sham 2-19.

Universiti Kebangsaan Malaysia 125 (25.1 over) Adam Zulkifli 25, Aminuddin Ramly 17, Faiz M. Noor 15, Fitri Sham 12. Surya B. 5-23, Akshay Kumar 2-9.

Pemain terbaik: Surya B. (Universiti Christ)

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Redzuan Shahadan (Selangor)

 

Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan kalahkan Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan 8 wiket.

Universiti Negeri Padang 104 (30.4 over) Amiruddin Azahar kekal 44, Fadzrin Kate-Lee 34. Faraz Hussain 4-21, Hafiz Muhammad 3-16

Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi 105-2 (12 over) Waqas Mehbbob kekal 60, Faizan Khan 25, Subhan Khan kekal 16. Amiruddin Azahar 2-22.

Pemain terbaik: Faraz Hussain (Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi)

Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Nazri Noor (Kedah)

 

BABAK AKHIR - 15 NOVEMBER

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA lwn UNIVERSITI CHRIST

(Bayuemas Oval, 9 pagi)