Universiti Christ semakin hampir bermain dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Naib juara tahun lepas, Universiti Christ semakin hampir untuk beraksi semula dalam babak akhir saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa sekali gus bertemu  lagi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 November 2014.

Pasukan dari India itu mencapai kemenangan ketiga dengan menewaskan Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan sembilan wiket di UKM Oval, Bangi pada 13 November.

 

Walaupun perlawanan diganggu hujan, Universiti Christ dapat mengejar sasaran dalam 17 over untuk membaham pasukan dari Sumatera itu yang sebelum itu hanya mengumpulkan 91 larian.

''Tahun ini kami mahu bermain dalam babak akhir lagi dan seterusnya membawa balik trofi kejuaraan ke Bengaluru (Bangalore),'' kata pegawai pasukan, Robert Anto.

Apa pun peluang Universiti Christ hanya akan terjawab dalam pertemuan mereka menentang UKM di Bayuemas Oval pada 14 November. Jika mereka tumbang, keputusan pertemuan Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi dengan Universiti Negeri Padang pada hari sama, akan diambil kira.

Dalam satu lagi pertemuan pada 13 November, aksi antara Universiti Colombo dari Sri Lanka dengan Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh berkesudahan tanpa keputusan kerana hujan.

 

KEPUTUSAN:Perlawanan antara Universiti Colombo, Sri Lanka dengan Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh tiada keputusan kerana hujan.
Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh 125-8 (29 over) Md. Razu Ahmed kekal 18, Foysal Al Farid kekal 10. Dishara Madushan 4-6, Thilina Chathuranga 2-15.
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan)

 

Universiti Christ, India kalahkan Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan 9 wiket berpandukan kaedah Duckworth-Lewis. Sasaran 53 larian dalam 17 over.
Universiti Negeri Padang, Indonesia 91 (32.3 over) Noor Afif Saufee 40, Hazrul Zainal 19. Biman Ghosh 4-8.
Universiti Christ, India 54-1 (17 over) Venkatesh kekal 24, Biman Ghosh kekal 21.
Pemain terbaik: Biman Ghosh (Universiti Christ, India)
Pengadil: Zaidan Taha (Kelantan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan)

 

JADUAL14 NOVEMBER 2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  lwn  UNIVERSITI CHRIST (INDIA)
(Bayuemas oval, 9 pagi)

 

UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI SIR SYED KARACHI lwn UNIVERSITI NEGERI PADANG
(UKM oval, 9 pagi)