Tuan rumah layak beraksi dalam perlawanan akhir

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi pertemuan keempat dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila menumbangkan Universiti Colombo dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 November 2014.

Hanya bermain dalam 37 over kerana padang basah, UKM mudah mengatasi wakil Sri Lanka itu dalam 18.1 over.

Dengan kemenangan itu, UKM sudah layak ke babak akhir 15 November 2014 walaupun berbaki satu perlawanan.

Di Kinrara Oval, Universiti Antarabangsa Daffodil dari Bangladesh mengatasi Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan 66 larian berpandukan kaedah perkiraan Duckworth-Lewis.

Di UKM Oval, Bangi, dua pasukan Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan dan Universiti Christ dari India gagal mencapai sebarang keputusan kerana hujan.

 

KEPUTUSAN:
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Colombo, Sri Lanka dengan 7 wiket. Perlawanan dikurangkan kepada 37 over kerana padang basah.
Universiti Colombo, Sri Lanka 96-9 
(37 over) Thisara Madushan Setunga 16, Ramitha Sri Madushanka 14, Don Chanuka Rashan 14, Sudeera Subasinghe kekal 10. Nik Azril Ariffin 3-22, Shahrulnizam Yusof 2-5, Faruq Hakimin Azmi 2-21, Fauzan Malik 2-26.

Universiti Kebangsaan Malaysia 97-3 (18.1 over) Faizal Abu Hassan kekal 34, Adam Zulkifli 28, Norhamizan Hamidon 21. Senevirathna 2-9.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan)
 

Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh kalahkan Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan 66 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis. Sasaran 135 larian dalam 23.2 over.
Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh 238-8 (40 over) Tajul Islam Niloy 56, M. Rakib Khan 37, Md. Gaash Uddin kekal 30, Md. Islam Uddin 24. Mahadi Muda 3-38.

Universiti Negeri Padang, Indonesia 69-4 (23.2 over) Noor Afif Saufee kekal 37, Hazrul Zainal kekal 18. Md. Shahin Kabir 2-16.
Pemain terbaik: Tajul Islam Niloy (Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh)
Pengadil: Nazri Noor (Kedah) & Ridhauddeen Rashid (Kelantan)

 

Perlawanan antara Universiti Christ, India dan Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan tiada keputusan kerana hujan.
Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan 159 (39.1 over) Bahadur Ali 44, Waqas Mehbbob 31, Hafiz Waqar Ul Huda 19, M. Faizan Khan 13. Surya B. 4-25, Abhilash 3-28.
Universiti Christ, India 29-4 (9 over) Faraz Hussain 2-11, Abdul Haseeb Khan 2-18.
Pemain terbaik: tiada
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Mat Rani Seman (Kelantan)

JADUAL 13 NOV. 2014
UNIVERSITI COLOMBO lwn   UNIVERSITI ANTARABANGSA DAFFODIL
(Bayuemas oval, 9 pagi)

UNIVERSITI NEGERI PADANG lwn UNIVERSITI CHRIST
(UKM oval, 9 pagi)