Kelab PJ atasi juara bertahan
Friday, 12 June 2009 20:31

Wakil Selangor itu memastikan kemaraan setelah mengumpulkan angka tinggi; 167-9, seterusnya memberikan tekanan kepada Victoria yang hanya terdaya melakukan 94 larian.
Kelab PJ akan bertemu juara 2006, Kota Bharu dalam separuh akhir esok, juga di gelanggang sama.
‘’Kami memastikan yang sukar dapat diatasi dan dalam saingan separuh akhir kelak kami akan merancang peluang untuk menafikan Kota Bharu pula,’’ kata jurulatih berusia 74 tahun dari Kelab PJ, MK Nathan.
Westlands dari Pulau Pinang turut mara ke separuh akhir untuk bertemu Pekan (Pahang) setelah membelasah Kota Kinabalu dengan 133 larian hari ini.
Pemukul awal, Shaunvinder Singh Furrah menamatkan keperkasaannya pada angka 92 untuk membantu skuad berkenaan melakukan 172-4.
KEPUTUSAN:
Westlands kalahkan Kota Kinabalu dengan 133 larian.
Westlands 172-4 (25 over) Shaunvinder Singh Furrah 92, Harvindran Rajendran 29, Jeeventhra Kuhilan Kumarasamy 22.
Kota Kinabalu 39 (12 over) Shafiq Salleh 13, Saiful Ali 8. Shaunvinder Singh Furrah 5-6, Harvindran Rajendran 3-9. Faiz Jumat 2-5.
Pemain terbaik: Shaunvinder Singh Furrah (Westlands)
Kelab PJ kalahkan Victoria dengan 73 larian.
Kelab PJ 167-9 (25 over) James Edward Samuel 42, Pavandeep Singh 33. Nik Nazran Sufri Anuay 3-35, Hafizuddin Dahlan 2-19.
Victoria 94 (24.5 over) Nik Nazran Sufri Anuay 30, Akmal Aizat M. Sham 11. Shahzan Shah Misfahul Muneer 2-12, Roshan Senna Singh 2-27
Pemain terbaik: James Edward Samuel (Kelab PJ)
SEPARUH AKHIR -- 13 JUN:
PEKAN lwn WESTLANDS
(Mulai 9.30 pagi)
KOTA BHARU lwn KELAB PJ
(Mulai 2 petang)
@ Semua perlawanan di Bayuemas Oval