Universiti Kebangsaan Malaysia menang pertemuan kedua

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatasi Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi dengan enam wiket untuk terus bergaya dengan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 10 November 2014.

Bermain dalam peruntukan 40 over, pasukan dari Pakistan itu terhenti pukulan setakat 139. Tuan rumah yang juga juara bertahan mengatasi angka lawan dalam 32.1 over. Tiga pemain, Faiz M. Noor (37), Faizal Abu Hassan (35) dan Shafiq Sharif (33 tanpa tewas) mengetuai senarai pungutan larian bagi UKM.

Dalam pertemuan di Kinrara Oval, Universiti Colombo (Sri Lanka) mencapai kemenangan pertama apabila menewaskan Universiti Negeri Padang dari Indonesia dengan 111 larian. 

Di UKM Oval, Bangi, finalis tahun lepas, Universiti Christ dari India menang tipis 20 larian ke atas Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh.

''Kami akan meneruskan kecemerlangan untuk memenangi pertemuan ketiga. Kami terus merancang untuk bersaing dalam babak akhir,'' kata kapten UKM, Faiz M. Noor.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi dengan 6 wiket.
Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi 139 (38.3 over) Bahadur Ali 30, Subhan Khan 29, Hafiz Waqar Ul Huda 13, Abdul Haseeb Khan 12. Faruq Hakimin Azmi 3-24, Nik Azril Arifin 2-28, Nazril A. Rahman 2-16.
Universiti Kebangsaan Malaysia 141-4 (32.1 over) Faiz M. Noor 37, Faizal Abu Hassan 35, Shafiq Sharif kekal 33. Faraz Hussain 2-21.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (Universiti Kebangsaan Malaysia) 
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan) 


Universiti Colombo kalahkan Universiti Negeri Padang dengan 111 larian.
Universiti Colombo 142 (38.4 over) Senevirathna Kaditawakka 30, Don Chanuka 28, W.M Chamara 24, Pathum Nalinda 22. Hazrul Zainal 3-16, Mahadi Muda 2-15.
Universiti Negeri Padang 31 (12.5 over) Fadzrin Kate-Lee 10. Thisara Madushan 10-17.
Pemain terbaik: Thisara Madushan (Universiti Colombo, Sri Lanka)
Pe
ngadil: Zaidan Taha (Kelantan) & Nazri Noor (Kedah)

Universiti Christ kalahkan Universiti Antarabangsa Daffodil dengan 20 larian.
Universiti Chirst 193-8 (40 over) Abrar Essa 39, Amit Chand 38, Karan Lamba 28. Tanvir Ahmed 2- 37, Md. Shibli Shadik 2-19.
Universiti Antarabangsa Daffodil 173-9 (40 over) Tajul Islam Niloy kekal 72, Md. Razu Ahmed 45, Tanvir Ahmed 16. Biman Ghosh 3-16, Abrar Essa 3-28.
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan)Pemain terbaik: Tajul Islam Niloy (Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh)
 
JADUAL 11 NOVEMBER:
 
UNIVERSITI ANTARABANGSA DAFFODIL lwn UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI SIR SYED KARACHI 
(Bayuemas oval, 9 pagi)

UNIVERSITI COLOMBO lwn UNIVERSITI CHRIST 
(Kinrara oval, 9 pagi)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA lwn UNIVERSITI NEGERI PADANG 
(UKM oval, pagi)