UKM menang mudah ke atas wakil Bangladesh

KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia menang mudah; 128 larian ke atas wakil Bangladesh, Universiti Antarabangsa Daffodil dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 9 November 2014.

Memukul terdahulu, UKM selaku juara bertahan mengumpulkan 217-8 dalam pertemuan 40 over dengan kapten kebangsaan, Faiz M.Noor mengetuk 66. Lawan hanya bertahan sekat 89 larian.

Dalam satu lagi perlawanan di UKM Oval, Bangi, Unversiti Kejuruteraan dan Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan menang dengan 65 larian ke atas Universiti Colombo. Perlawanan hanya dilangsungkan setakat 16 over kerana padang basah pada sebelah pagi.

''Tahun ini perlawanan hanya berlangsung setakat 40 dan perlawanan bermula awal kerana cuaca nampaknya tidak mengizinkan jika perlawanan berpanjangan hingga petang. Kita melakukan yang terbaik,' kata pengarah kejohanan, Fairus Shafie.


KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Antarabangsa Daffodil, Bangladesh dengan 128 larian

Universiti Kebangsaan Malaysia 217-8 (40 over) Faiz M. Noor 66, Shafiq Sharif 37, Aminudin Ramly 30, Fitri Sham kekal 27. Khondoker M. Nayeem 2-44, Md. Islam Uddin 2-49, Md. Razu Ahmed 2-22.

Universiti Antarabangsa Daffodil 89 (38.2 over) Tajul Islam Niloy 27, Foysal Al Farid 26, Md. Razu Ahmed 11, Sad Undalib 10. Nik Azril Arifin 4-16, Adam Zulkifli 3-12.

Pemain terbaik: Faiz M. Noor (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan)

 
Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi, Pakistan kalahkan Universiti Colombo, Sri Lanka dengan 65 larian. Perlawanan dikurangkan kepada 16 over kerana padang basah.

Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed Karachi 129-6 (16 over) Waqas Mehbbob 81, Saqib Ahsan 15, Faizan Khan 12. K.W. Thilina Chathuranga 2-35.

Universiti Colombo 64-8 (16 over) Don Chanuka Rashan kekal 26. Faizan Khan 2-13, Faraz Hussain 2-7.

Pemain terbaik: Waqas Mehbbob (Universiti Kejuruteraan & Teknologi Sir Syed)

Pengadil: Mat Rani Seman (Kelantan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan)

 

JADUAL 10 NOV 2014:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA lwn UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI SIR SYED KARACHI
(Bayuemas oval, 9 pagi)

UNIVERSITI NEGERI PADANG (INDONESIA) lwn UNIVERSITI COLOMBO (SRI LANKA)
(Kinrara oval, 9 pagi)

UNIVERSITI ANTARABANGSA DAFFODIL lwn UNIVERSITI CHRIST (INDIA)
(UKM oval, 9 pagi)