Adzim, Che Wan Razlan ke Perth

DUA pemain di bawah program prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Adzim Yahaya dan Che Wan Razlan Zalati berlepas ke Perth, Australia, pagi 21 Oktober 2014.

Mereka akan mewakili kelab Bayswater Morley dalam liga kriket WACA (Australia Barat) sehingga Mac 2015.

Timbalan Setiausaha Kriket Melayu, Sham Jalil turut berada di KLIA untuk memberikan taklimat terakhir sebelum kedua-dua pemain berkenaan berlepas dengan pesawat MH125.

Sewaktu di Perth, wakil Kriket Melayu di Australia, Jeya Kandiah akan memantau perkembangan kedua-dua pemain muda ini.

Pemergian Adzim dan Che Wan Razlan di bawah sokongan Yayasan Sime Darby.