Empat pemain bersaing di Perth, Cape Town

EMPAT pemain Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan berlepas ke Perth, Australia pada 21 Oktober 2014 dan ke Cape Town, Afrika Selatan sehari kemudian untuk mengharungi penempatan sehingga Mac 2015.

 

Mereka ialah Che Wan Razlan Zalati (Kelantan) dan Adzim Yahaya (Pahang) dari Universitsi Kebangsaan Malaysia yang akan bermain untuk kelab Bayswater Morley dalam Liga Australia Barat. Fikri Makram Rosdi (Kelantan) dan Zubair Asyraf Nor Azmi (Negeri Sembilan) masing dari UKM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula akan beraksi untuk Ottoman Cricket Club dalam Liga Western Province di Cape Town.

Sebaik sahaja selesai saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa pada 19 Oktober di Bayuemas Oval, suatu sesi permohonan maaf Che Wan Razlan ke atas Timbalan Setiausaha Kriket Melayu, Mohd. Sham Jalil dilangsungkan.

Che Wan Razlan yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan memohon maaf kepada Sham di atas segala kesilapan berlaku sebelum ini.

''Prestasi saya terumbang-ambing untuk setengah tahun ini. Saya merasakan sesuatu tidak kena pada diri saya. Saya lantas mengambil ketetapan untuk memohon maaf kepada Abang Sham. Saya mungkin terkasar bahasa kepadanya.'