Melayu Malaysia layak ke babak akhir lawan Chilaw Marians

 

KUALA LUMPUR Melayu Malaysia layak ke babak akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menumbangkan Bright Sports dari Bangladesh dengan 21 larian dalam pertemuan penuh tegang di Bayuemas Oval, Klang pada 17 Oktober 2014.

Berikutan kemenangan itu, Melayu Malaysia bakal berhadapan dengan juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka juga di gelanggang kriket antarabangsa, Bayuemas Oval, 19 Oktober ini.

 

Dengan matlamat menang kurang daripada empat larian untuk mengatasi Melayu Malaysia, Bright Sports bermula garang dengan beberapa pukulan empat dan enam sebelum gangguan hujan pada over ke-20.

Kembali memukul dengan sasaran kaedah Duckworth-Lewis; 155 dalam 37 over -- yang nampak senang -- wakil Bangladesh itu tidak dapat menahan serbuan pemutar Melayu Malaysia dan tumbang setakat 133 dalam 37 over dengan semua pemukul dipulangkan ke astaka.

''Walaupun tertekan, kami bermain dengan cemerlang sebaik sahaja turun memadang selepas gangguan hujan. Tahniah dan diharapkan pemain dapat beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Ahad ini,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Khailani A. Jalil.

KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Bright Sports dengan 21 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 155 larian dalam 37 over.

Melayu Malaysia 183 (47 over) Faizal Abu Hassan 57, Faruq Hakimin Azmi 37, Norwira Zazmie A. Halim 22, Zubair Asyraf Nor Azmi 13, Nik Azril Arifin 12, Adzim Yahaya 10.  Aungshuman Ghosh 3-18, Mohammad Abdul Kader 3-23, Arif Mohammad Mirajul Haque 2-26.

Bright Sports 133 (36.2 over) Md. Mejbah Uddin 36, Pankaj Biswas 28, Arif Ahmed 17, Aungshuman Ghosh 15, Hafizur Rahman 14.  Norwira Zazmie A. Halim 3-8, Faruq Hakimin Azmi 2-26, Syazrul Ezat Idrus 2-35.       

Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (Melayu Malaysia).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).

 

JADUAL19 OKTOBER 2014 (BAHAK AKHIR)

CHILAW MARIANS lwn MELAYU MALAYSIA

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)