Chilaw Marians selesa dengan kemenangan besar


KUALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka menang besar; 208 larian ke atas wakil Bangladesh, Bright Sports dalam saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2014.

Juara bertahan itu mengumpulkan 281-7 dalam peruntukan 50 over dan seterusnya menamatkan ining lawan setakat 53 larian selepas sajian tengah hari yang turut terganggu oleh hujan.

Dengan kemenangan keempat itu, Chilaw Marians akan menunggu sama ada Melayu Malaysia atau Bright Sports dalam babak akhir Ahad ini.

Apapun,  Melayu Malaysia perlu menumbangkan Bright Sports pada 17 Oktober untuk layak ke penentuan aksi merebut Piala Tun Ahmad Sarji itu.

Penganjur, Persatuan Kriket Melayu Malaysia juga menyediakan hadiah wang lumayan dalam pertandingan yang dianjurkan sejak 2012.

''Kami tidak berpeluang hari ini kerana angka tinggi dikumpulkan Chilaw Marians,'' kata ketua kontinjen Bright Sports, SM Mortuza Raihan.

KEPUTUSAN:

Chilaw Marians kalahkan Bright Sports dengan 208 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 262 larian dalam 35 over.

Chilaw Marians 281-7 (50 over) Damodaran Rohit 70, Kasun Vidura kekal 69, Rukshan Fernando 33, Saliya Saman 32, Chalana De Silva 22, Niksy Ahmed Niswan 21.  Mohammad Balal 2-40, Fahad Hoque 2-48.

Bright Sports 53 (26.1 over) Aungshuman Ghosh 11, Fahad Hoque 10.  Dinuk Hettiarachchi 3-13, Chalana De Silva 3-16, Saliya Saman 2-7, Damodaran Rohit 2-9.     

Pemain terbaik: Damodaran Rohit (Chilaw Marians).  

Pengadil: Ranjith Visvakula (Sri Lanka) & Zaidan Taha Hasim (Malaysia).

 

JADUAL 17 OKTOBER 2014:

BRIGHT SPORTS lwn MELAYU MALAYSIA

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)