Tewas enam wiket; Melayu Malaysia hadapi masalah

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia berhadapan kesukaran untuk mara ke babak akhir saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila tumpas enam wiket kepada wakil Bangladesh, Bright Sports di Bayuemas Oval, dekat sini pada 14 Oktober 2014.

Berbekalkan kenyakinan apabila kalah tipis kepada juara bertahan, Chilaw Marians Ahad lepas, pukulan Melayu Malaysia terhenti pada kedudukan 165-7  berikutan hujan lebat membasahi oval perlawanan.

Selepas sahaja sajian tengah hari, Bright Sports yang letakkan sasaran 185 untuk menang dalam 44 over mengutamakan keperkasaan pukulan untuk memastikan kemenangan.

 ''Saya mendapati pasukan Melayu Malaysia gagal mengawal padang dengan baik sebaik melepasi separuh daripada peruntukan over lawan. Apa pun saya berharap mereka dapat bermain baik dalam dua perlawanan terakhir untuk mencerahkan peluang,'' kata pengurus Khailani A. Jalil.

Bright Sports melepasi sasaran apabila melakukan 185-4 dalam 41.4 over.

Melayu Ma

KEPUTUSAN:laysia  terpaksa membariskan 'pasukan kedua' dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang lumayan berikutan keengganan pengurusan skuad Malaysia melepaskan pemain-pemainnya beraksi sebagai persediaan menghadapi Liga Kriket Dunia 23 Oktober ini.

Bright Sports kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 wiket berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 185 larian dalam 44 over.

Melayu Malaysia 165-7 (44 over) Adzim Yahaya 59, Fitri Sham 50, Faruq Hakimin Azmi 12, Norwira Zazmie A. Halim 10.  Arif Mohammad Mirajul Haque 3-14, Md. Maruful Islam Maruf 2-22.    

Bright Sports 185-4 (41.4 over) Md. Maruful Islam Maruf kekal 45, Arif Ahmed Chowdhury kekal 39, SK Arman Ullah 36, Md. Mejbah Uddin 27, Mohammad Abdul Kader 16, Pankaj Biswas 11.  Faruq Hakimin Azmi 2-31.

Pemain terbaik: Md. Maruful Islam Maruf (Bright Sports).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Zaidan Taha Hasim (Malaysia).

JADUAL 15 OKTOBER 2014:

MELAYU MALAYSIA lwn CHILAW MARIANS  

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)