Bright Sports kalah teruk dengan 196 larian

KUALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka mengungguli hari kedua saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menang besar; 196 larian ke atas Bright Sports dari Bangladesh di Bayuemas Oval, Klang pada 13 Oktober 2014.

Dengan memukul terdahulu, juara bertahan itu mengumpulkan 258 larian dalam 49.4 over dengan pemukul ketiga, Kasun Vidura memuncakkan angka peribadi sehingga 87.

 

Bright Sports memukul selepas sajian tengah hari setakat 62.

Dengan kemenangan itu, Chilaw Marians memenangi dua perlawanan berturut-turut termasuk ke atas Melayu Malaysia dengan tiga wiket pada 12 Oktober 2014.

''Kami mahu menang semua perlawanan pusingan awal sebelum berentap Ahad ini dalam babak akhir. Kami dapat merasakan kejuaraan tahun ketiga semakin hampir,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.

KEPUTUSAN:

Chilaw Marians kalahkan Bright Sports dengan 196 larian.

Chilaw Marians 258 (49.4 over) Kasun Vidura 87, Chandima Pussegolla 33, Chalana De Silva 24, Niksy Ahamed Niswan 22, Damodaran Rohit 22, Arosh Janoda 20.  Aungshuman Ghosh 3-59, Mohammad Balal 2-45, Sajib Boiragi 2-64.    

Bright Sports 62 (25.3 over) Sajib Boiragi 11.  Dinuk Hettiarachchi 4-12, Kasun Vidura 2-14, Saliya Saman 2-24.

Pemain terbaik: Kasun Vidura (Chilaw Marians).  

Pengadil: Ranjith Visvakula (Sri Lanka) & Zaidan Taha Hasim (Malaysia).

 

JADUAL HARI INI:

MELAYU MALAYSIA lwn BRIGHT SPORTS  

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)