Makan malam sempena saingan Antara Kelab Antarabangsa

SEMPENA saingan kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji, suatu majlis makan malam akan berlangsung mulai 7.30 malam, 11 Oktober 2014 bersamaan Sabtu di Dewan Raja Laut, Tingkat 3, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Semua empat pasukan yang akan mengambil bahagian akan hadir menikmati jamuan. Pasukan berkenaan ialah juara bertahan Chilaw Marians (Sri Lanka), Bright Sports (Bangladesh), Mumbai (India) dan Melayu Malaysia.

Kriket Melayu menyenaraikan pasukan muda membarisi Melayu Malaysia.

Turut sama dalam majlis ialah Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan semua ahli majlis. Penaja Kriket Melayu 2014 turut diundang.

Semua ahli Kriket Melayu diundang hadir menikmati jamuan makan malam. Tiada caj dikenakan. Harap hubungi persatuan di talian 03.2145 0000 atau 03.2145 2222 atau 03.2145 7777 untuk mengesahkan kehadiran. Juga boleh e-mel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Ahli juga diundang menyaksikan perlawanan pada 12, 13, 15, 16, 18 (penentuan ketiga) dan 19 Oktober (babak akhir di Bayuemas Oval). Pusingan awal berlangsung di dua gelanggang; Bayuemas Oval, Klang dan Kinraral Oval di Puchong mulai 9.30 pagi.