Kemenangan mudah bagi Pekan, Kota Bharu

Kriket Elit 2009KLANG 10 Jun  - Pekan yang memburu kejuaraan keempat pada Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan semakin menghampiri kenyataan apabila mudah menewaskan Kelab PJ dengan 41 larian dalam saingan di Bayuemas Oval, di sini, hari ini.

Setelah merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji pada 2004, 2005 dan 2007, pasukan bandar diraja Pahang itu mengharapkan satu lagi kemenangan esok apabila berhadapan dengan Victoria dari Kuala Lumpur .

‘’Kami bukan memandang rendah skuad dari Kuala Lumpur ini tetapi pasukan kami masih memiliki kelebihan dengan senarai pemukul berkemampuan,’’ kata penyelaras Pekan, A. Hafiz Ishak.

Pekan menghimpun 113-7 dalam peruntukan 25 over tetapi hanya berbalas setakat 72 oleh barisan muda Kelab PJ.

Nor Azizul Manan yang melakukan 32 tanpa tewas dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala Aj’main Arbi bergaya dengan 12 larian dan 3-6 sewaktu sesi serbuan.

Dalam satu perlawanan, juara tahun 2006, Kota Bharu (Kelantan) mudah membaham Kota Kinabalu dari Sabah dengan lapan wiket.

Pemutar kanan, Mahathir Rozali terlalu kental dengan sumbangan 16 larian di samping meranapkan empat wiket lawan untuk lima larian.

‘’Esok kami akan pastikan Westlands dari Pulau Pinang menerima kejutan,’’ kata pengurus Kota Bharu, Zaki Malik.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang dipertandingkan sejak tahun 1999 itu akan turut menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada pemenang, naib johan dan pasukan yang layak ke separuh akhir.


KEPUTUSAN 10 JUN:
Pekan kalahkan Kelab PJ dengan 41 larian.
Pekan 113-7 (25 over) Nor Azizul Manan kekal 32, Syakir Adha Nordin 14, Aj’main Arbi 12. Pavandeep Singh 2-13, Divakaran Santhosam 2-17.
Kelab PJ 72 (17.5 over) Pavandeep Singh 17, Virandeep Singh 15. Naveenrajah Tharmarajah kekal 6. Aj’main Arbi 3-6, Hamizi Zulkifli 2-13.
Pemain terbaik: Nor Azizul Manan (Pekan).

Kota Bharu kalahkan Kota Kinabalu dengan 8 wiket.
Kota Kinabalu 41 (16.4 over) Sudarmin Darwin 10. Mahathir Rozali 4-5, Sharman Norhisham 4-5.
Kota Bharu 42-2 (7.4 over) Mahathir Rozali 16.
Pemain terbaik: Mahathir Rozali (Kota Bharu)

JADUAL 11 JUN:
VICTORIA lwn PEKAN
(Mulai 9.30 pagi)

WESTLANDS lwn KOTA BHARU
(Mulai 2 petang)

@ Semua perlawanan di Bayuemas Oval

PEMUKUL keenam Pekan, Nor Azizul Manan mencuba pelbagai gaya untuk mengumpulkan 32 larian tanpa tewas di Bayuemas Oval pada Rabu.

PEMUKUL keenam Pekan, Nor Azizul Manan mencuba pelbagai gaya untuk mengumpulkan 32 larian tanpa tewas di Bayuemas Oval pada Rabu.

AKSI serbuan pembaling Kelab PJ, Dhillip Thiyagu sewaktu pertemuan dengan Pekan di Bayuemas Oval, Klang pada Rabu.

AKSI serbuan pembaling Kelab PJ, Dhillip Thiyagu sewaktu pertemuan dengan Pekan di Bayuemas Oval, Klang pada Rabu. 

PENJAGA wiket Pekan, Hariff Mas Ayu Yahya beraksi hebat di belakang kayu pancang ketika menentang Kelab PJ di Bayuemas Oval.

PENJAGA wiket Pekan, Hariff Mas Ayu Yahya beraksi hebat di belakang kayu pancang ketika menentang Kelab PJ di Bayuemas Oval.