Kriket Melayu wujud dua pusat di KL, Gua Musang
Monday, 08 September 2014 15:24
KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan mewujudkan dua lagi pusat Projek Kriket Nasional bermula Januari tahun 2015 di samping mengemaskinikan program pembangunan peringkat menengahnya sebagai langkah melahirkan ramai lagi pemain berbakat tinggi.
Dua pusat akan dimulakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dan di SMK Tengku Indra Petra di Gua Musang, Kelantan.

Cadangan itu telah diberitahu kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Penddikan, Ee Hong di Bayuemas Oval, Klang baru-baru ini.
''Kedua-dua pusat ini akan mengambil pelajar kriket bermula Januari 2015. SMK Seri Titiwangsa merupakan sekolah sukan Kuala Lumpur manakala di Gua Musang ia akan dijadikan kesinambungan kepada program bawah 12 khusus bagi Orang Asli,'' kata Timbalan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob.
Buat masa ini Kriket Melayu merupakan pembekal sebahagian besar pemain kepada skuad utama negara serta peringkat usia dan telah memiliki enam pusat Projek Kriket Nasional (Pembangunan Menengah) dan 20 pusat program bawah 12 tahun di seluruh negara.
Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu sekarang ialah di SMK Victoria, SMK (P) Pudu, SMK Segambut Jaya (Kuala Lumpur), SMK Tinggi Kajang, Selangor, SMK Penang Free dan SMK Clifford, Pahang.
Dengan wujudnya dua buah lagi program peringkat menengah itu, Kriket Melayu akan membekalkan dua lagi jurulatih bertauliah luar negara bagi menyemarakkan program pembangunannya.