Rosebi meninggal dunia

AHLI Majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosebi Ibrahim meninggal dunia pada 3 September 2014 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Rosebi, 57, disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah hari kerana menghidap kanser hati.

Beliau menyertai persatuan sebagai anggota majlis mulai tahun 2006.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Piatu, Melaka pada pukul 5 petang, 3 September 2014.

Untuk pertanyaan, hubungi anak Allahyarham, Anil Izzatul di talian 012.2287804 atau Hazwan Haziq Rosebi 019.7277171.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menghulurkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.