Pattani, Clifford berentap dalam babak akhir
Friday, 15 August 2014 16:16
KUALA LUMPUR - Pattani dari Thailand memastikan tempat ke babak akhir bertemu Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang pada 16 Ogos 2014 dalam Cabaran Kriket Perempuan Nasional bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, Klang.
Dalam pertemuan terakhir kumpulan pada 15 Ogos, :Pattani menewaskan SMK (Perempuan) Pudu dari Kuala Lumpur dengan lapan wiket.
Dengan hasrat menang besar, Pattani yang memenangi undian, mengarahkan Pudu untuk memukul dan berjaya mengehadkan lawan setakat 30 larian sahaja. Pembaling kidal Pattani, Soraya Lateh yang berada dalam pool skuad Thailand bergaya dengan analisis balingan lima wiket untuk enam larian.
''Babak akhir yang dinanti-nantikan dan semua pemain Pattani bersemangat untuk menayangkan aksi terbaik. Kami mahu bergaya dan menang,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.
Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tengku Besar Burhanuddin berangkat hadir pada babak akhir.
KEPUTUSAN:
Pattani kalahkan Pudu dengan 8 wiket.
Pudu 30 (16.5 over) Nur Izzah Bahirah Zailan 6. Soraya Lateh 5-6, Rosenanee Kanoh 3-4.
Pattani 31-2 (4 over) Rosenanee Kanoh 13. Wan Zulaikha Zulhisyam 2-13.
Pemain terbaik: Soraya Lateh (Pattani).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor).
BABAK AKHIR (16 OGOS 2014):
Clifford lwn Pattani
(Bayuemas Oval, 10 pagi)