Clifford benam SMK (P) Pudu

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang menang besar; sepuluh wiket ke atas SMK (Perempuan) Pudu semalam (14 Ogos 2014) bagi mengekalkan rekod bersih memenangi semua perlawanan pusingan awal Cabaran Kriket Perempuan Nasional di Bayuemas oval dekat sini.

 

SMK (Perempuan) Pudu dari Kuala Lumpur hanya mengumpulkan 28 larian dalam 16.1 over dan angka berkenaan mudah dipintas Clifford dalam 3.4 over. 

 

Pemain berusia 14 tahun dari Gua Musang, Kelantan, Sasha Azmi kekal 15 larian.

 

''Kami akan berehat sehari untuk berentap dalam babak akhir. Kami mahu memenangi kejuaraan tahun ini,'' kata pengurus pasukan Clifford, Ridzuan Ludin.

 

KEPUTUSAN: 

 

Clifford kalahkan Pudu dengan 10 wiket.
Pudu 28
 (16.1 over) Noorzuhila Marzuki 5.  Sasha Azmi 4-12, Zumika Azmi 2-5, Ainna Hamizah Hashim 2-5.

Clifford 29-0 (3.4 over) Sasha Azmi kekal 15.        

Pemain terbaik: Sasha Azmi (Clifford).
Pengadil:  Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor).

 

JADUAL 15 OGOS 2014:

 

Pattani lwn Pudu

(Bayuemas Oval, 10 pagi)