Kemenangan bersemangat bagi Pattani
Tuesday, 12 August 2014 16:14
KUALA LUMPUR - Pattani dari Thailand menghidupkan peluang untuk terus bersaing ke babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional apabila menang mudah; sepuluh wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 Ogos 2014.
Setelah dibenam 35 larian kepada SMK Clifford pada pembukaan Ahad lepas, skuad Selatan Thai yang juga di bawah pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia tenang untuk mengatasi Pudu hanya dalam 4.4 over. Pudu hanya melakukan 44-7 sewaktu memukul.
''Kami berpuas hati dengan permainan hari ini. Pemain sudah memahami keadaan padang serta bersedia untuk menang lagi dan merangkul Perisai Tuanku Najihah,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.
Kapten Pattani, Rosenanee Kanoh meranapkan dua wiket lawan di samping melakukan 11 tanpa tewas untuk dipilih pemain terbaik perlawanan.
KEPUTUSAN:
Pattani kalahkan Pudu dengan 10 wiket.
Pudu 44-7 (25 over) Nurien Jazzliena Nazri 10. Fathiyah A Wae 2-2, Rosenanee Kanoh 2-4, Shagufta Arwae 2-7.
Pattani 45-0 (4.4 over) Rosenanee Kanoh kekal 11, Shagufta Arwae kekal 10.
Pemain terbaik: Rosenanee Kanoh (Pattani).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Redzuan Shahadan (SEL)
JADUAL HARI INI:
Pattani lwn Clifford
(Bayuemas Oval, 10 pagi)