Clifford mudah ketepikan Pudu

KUALA LUMPUR - Dua kemenangan berturut-turut memastikan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis semakin hampir untuk bermain dalam babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional, Sabtu ini.

 

Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 11 Ogos 2014, Clifford yang membaham Pattani, Thailand sehari sebelum itu, menang mudah, 10 wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur.

 

Pudu yang memukul dahulu hanya mengumpulkan 47-4 dalam 25 over dengan Nur Izzah Bahiran Zailan menyempurnakan 21 tanpa tewas.

 

Clifford membalas 51-0; Sasha Azmi kekal 31 larian.

 

''Kami akan terus memburu kemenangan hingga ke babak akhir,'' kata pengurus Ridzuan Ludin.

 

KEPUTUSAN:

 

Clifford kalahkan Pudu dengan 10 wiket.
Pudu 47-4 
(25 over) Nur Izzah Bahirah Zailan kekal 21.     

Clifford 51-0 (8.1 over) Sasha Azmi kekal 31.

Pemain terbaik: Sasha Azmi (Clifford).
Pengadil:  Redzuan Shahadan (Selangor) & Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur).

 

JADUAL 12 OGOS:

Pudu lwn Pattani

(Bayuemas Oval, 10 pagi)