Clifford atasi Pattani dengan 35 larian

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang memulakan aksi meyakinkan pada Cabaran Kriket Perempuan Nasional dengan kemenangan 35 larian ke atas Pattani dari Thailand di Bayuemas Oval, dekat sini pada 10 Ogos 2014.
 
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia bagi merebut Perisai Tuanku Najihah itu menyaksikan Clifford dari Kuala Lipis mengumpulkan 110 dalam 21.1 over. Mahirah Izzati Ismail yang berasal dari Kuala Lumpur mengumpulkan 17 larian di samping rakan sepasukan dari Selangor, Ainna Hamizah Hashim mengetuk 17. Dua pemain Pattani dalam kumpulan pelatih skuad utama Thailand, Soraya Lateh dan Shagufta Arwae masing-masing meranapkan tiga dan dua wiket lawan. 

Pattani; pasukan di bawah pembangunan Kriket Melayu sejak dua tahun lepas bertahan setakat 75-6 dalam peruntukan 25 over perlawanan tetapi berupaya menayangkan aksi pukulan yang menarik.

 

''Kami akan bangkit dalam pertemuan dengan Pudu Selasa ini,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.

 

SMK (Perempuan) Pudu merupakan satu lagi pasukan bertanding kali ini.

 

KEPUTUSAN:

Clifford kalahkan Pattani dengan 35 larian.

Clifford 110 (21.1 over) Mahirah Izzati Ismail 17, Ainna Hamizah Hashim 16, Mas Elysa Yasmin Zulkifli 12.  Soraya Lateh 3-25, Fatiha Kasor 2-15, Shagufta Arwae 2-29.

Pattani 75-6 (25 over) Fathiyah A Wae 19.  Sasha Azmi 2-9. 

Pemain terbaik: Ainna Hamizah Hashim (Clifford).

Pengadil:  Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor). 

 

JADUAL 11 OGOS:

 CLIFFORD lwn PUDU