Kuala Lipis juara baharu kriket elit

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis menyempurnakan impian merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan enam larian ke atas wakil Johor, Parit Jawa dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 7 Jun 2014.

 

Wakil Pahang itu menjulang Perisai Tun Ahmad Sarji di samping turut memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan dan pemain terbaik babak akhir.

 

Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 itu turut menyediakan hadiah wang tunai lumayan kepada pasukan juara, naib johan dan dua skuad yang layak ke separuh akhir.

 

 

KEPUTUSAN:

 

Kuala Lipis kalahkan Parit Jawa dengan 6 larian.

Kuala Lipis 127-6 (25 over) Zam Firdaus Mohmad Nizam kekal 35, Azim Mirza Nasir 26, Zafrie Ezman Zaki 18, Amin Ashraf Ghazali 11.  Hisyamuddin Kahhar 2-22.

Parit Jawa 121-9 (25 over) Aiman Nur Hakim Johari 31, Aminuddin Zaki Kamal Arifin 20, Khairul Nizam Shasudin 14.  Zam Firdaus Mohmad Nizam 3-19, Nurfarisya Izwani Norisman 3-21.

Pemain terbaik babak akhir: Zam Firdaus Mohmad Nizam (Kuala Lipis).

Pemain terbaik kejohanan: Azim Mirza Nasir (Kuala Lipis).

Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Bertle Alex James (NS).