Kuala Lipis, Parit Jawa dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis dan Parit Jawa menyerap buat pertama kali dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangaan apabila menang bergaya dalam separuh akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 Jun 2014.

 

Paling hebat, Parit Jawa dari Johor menumbangkan Machang (Kelantan) dengan 87 larian. Kuala Lipis pula membaham Pekan juga dari Pahang dengan 44 larian.

 

''Kami bermula dengan baik dan mengharapkan kemenangan mutlak esok (hari ini),'' kata penyelaras Kuala Lipis, Ridzuan Ludin.

 

KEPUTUSAN:

 

Kuala Lipis kalahkan Pekan dengan 44 larian.

Kuala Lipis 140-6 (25 over) Aqil Firdaus Ibrahim 38, Azim Mirza Nasir 21, Amirul Hakimi Shahibon kekal 19, Zafrie Ezman Zaki 16, Iz’aan Asri 13.  Iezzat Daniel Fiqry Ahmad 3-18,

Pekan 96-7 (25 over) Iezzat Daniel Fiqry Ahmad kekal 21, Fawwaz Fahmi Yahaya 13, Nazmi Fadhli Salih Hudin 12.  Zam Firdaus Mohmad Nizam 3-18.

Pemain terbaik: Aqil Firdaus Ibrahim (Kuala Lipis).

Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Nadhirah Nasaruddin (Selangor).

 

Parit Jawa kalahkan Machang dengan 87 larian.

Parit Jawa 126-9 (25 over) Hisyamuddin Kahhar kekal 22, Aiman Nur Hakim Johari 21, Afif Harith Sujak 13, Aminuddin Zaki Kamal Arifin 12.  Imran Suzaimi 2-25.

Machang 39 (14.6 over) Haziq Salikhin 2-5, Khairul Hisyam Zakaria 2-5, Afif Harith Sujak 2-7.

Pemain terbaik: Hisyamuddin Kahhar (Parit Jawa).

Pengadil: Rosman Zakaria (Kedah) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).

 

BABAK AKHIR - 7 JUN 2014 :

 

Kuala Lipis lwn Parit Jawa

(Bayuemas Oval, 10 pagi)