Dua wakil Pahang dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis dan Pekan; kedua-dua dari Pahang melengkapkan dua lagi pasukan mara ke separuh akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung sekarang.

 

Di Bayuemas Oval dekat sini pada 5 Jun 2014, Kuala Lipis menumpaskan Parit Jawa dari Johor dengan enam larian. 

 

Pada separuh akhir 6 Jun, Kuala Lipis bertemu Pekan pada sesi pagi manakala Parit Jawa dan Machang berentap pada babak petang.

 

''Kami merasakan cabaran terlalu tinggi dalam separuh akhir,'' kata penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin.

 

 

KEPUTUSAN:

 

Bayuemas kalahkan Gemencheh dengan 10 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 23 over kerana padang lembap.

Gemencheh 63 (17.5 over) Nurr Izzuddin Shari kekal 10.  Vijay Unni Suresh 4-8, Dhanusri Sri Muhunan 3-11, Fadhil Romzi 2-11.

Bayuemas 64-0 (5.2 over) Vijay Suresh Unni kekal 24, Salahuddinsyam Nasaruddin kekal 22.

Pemain terbaik: Vijay Unni Suresh (Bayuemas).

 

Kuala Lipis kalahkan Parit Jawa dengan 6 larian.

Kuala Lipis 111-6 (25 over) Iz’aan Asri kekal 35, Aqil Firdaus Ibrahim 27, Azim Mirza Nasir 15.  Shamsul Ikmal Shamsul Azman 2-13.

Parit Jawa 105 (23.5 over) Shamsul Ikmal Shamsul Azman 20, Khairul Nizam Shasudin 17, Haziq Salikhin 14, Afif Harith Sujak 14.  Nurfarisya Izwani Norisman 2-11, Azim Mirza Nasir 2-15, Zam Firdaus Mohmad Nizam 2-18, Amirul Hakimi Shahibon 2-28.      

Pemain terbaik: Nurfarisya Izwani Norisman (Kuala Lipis).

 

Perlawanan antara Ipoh dengan Kota Kinabalu tiada keputusan kerana padang basah.

 

Machang kalahkan Kuala Langat dengan 5 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 15 over kerana padang lembap.

Kuala Langat 37-9 (15 over) Nurul Naziatun Syafikah Fadzilah 2-4, Nabil Osman 2-10.

Machang 38-5 (7.4 over) Rahman Razali 10.  Hazriq Azmir 3-7.

Pemain terbaik: Rahman Razali (Machang).

 

JADUAL SEPARUH AKHIR  

 

Kuala Lipis lwn Pekan

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

 

Machang lwn Parit Jawa

(Bayuemas Oval, 2.30 petang)