Parit Jawa, Machang layak ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Parit Jawa menewaskan juara bertahan, Bayuemas dari Selangor dengan enam wiket di UKM Oval, Bangi pada 4 Jun 2014 untuk mengiringi Machang mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.

 

Wakil Johor itu memenangi semua tiga perlawanan awal dan pertemuan terakhir dengan Kuala Lipis pada 5 Jun sebagai penentu juara kumpulan A. Machang dari Kelantan juga menang tiga perlawanan kumpulan B.

 

Ipoh pula menang perlawanan pertamanya; mengatasi Kuala Langat (Selangor)  67 larian di Bayuemas Oval, dekat sini. 

 

KEPUTUSAN:

 

Ipoh kalahkan Kuala Langat dengan 67 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 136 larian dalam 18.5 over.

Ipoh 144-6 (25 over) Sandesh Supparamaniam 36, Izzat Muqri Zaki kekal 28, Muaz Hamdi kekal 24, Husaini Zainal 16.  Hazriq Azmir 3-15.

Kuala Langat 68-9 (18.5 over) Syabil Ashwad Shaderon 16.  Sandesh Supparamaniam 3-20, Izzat Muqri Zaki 2-11.

Pemain terbaik: Sandesh Supparamaniam (Ipoh).

 

Perlawanan antara Kota Kinabalu dengan Pekan tiada keputusan kerana hujan.

Kota Kinabalu 11-4 (5.3 over) Fawwaz Fahmi Yahaya 3-8.

    

Parit Jawa kalahkan Bayuemas dengan 6 wiket.

Bayuemas 105-4 (25 over) Aqil Akmal Zol kekal 45, Thaqif Ukasyah Syukran Fadzli 9.

Parit Jawa 108-4 (24.4 over) Hisyamuddin Kahhar kekal 28, Aminuddin Zaki Kamal Ariffin kekal 24.  Aqil Akmal Zol 3-19.

Pemain terbaik: Hisyamuddin Kahhar (Bayuemas).

 

Kuching kalahkan Gemencheh dengan 7 wiket.

Gemencheh 63 (18.1 over) Nurr Izzuddin Shari 12.  Mena Carlina Redan 2-12, Padjar Hadar 2-14.

Kuching 64-3 (10.3 over) Wan Zakirin Wan Hashim 17, Padjar Hadar 13.      

Pemain terbaik: Wan Zakirin Wan Hashim (Kuching).

 

 

JADUAL 5 JUN:

 

Bayuemas lwn Gemencheh

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

 

Parit Jawa lwn Kuala Lipis

(Bayuemas Oval, 1.30 petang)

 

Ipoh lwn Kota Kinabalu

(UKM Oval, 9 pagi)

 

Kuala Langat lwn Machang

(UKM Oval, 1.30 petang)