Machang teruskan kemaraan

KUALA LUMPUR - Machang meneruskan kemaraan dengan mencapai tiga kemenangan berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung sekarang.

 

Dalam pertemuan 3 Jun 2014 di Bayuemas Oval dekat sini , wakil Kelantan itu menang tipis tiga larian ke atas Ipoh walaupun memukul setakat 57.

 

Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor pula lega dengan kemenangan 45 larian ke atas Kuala Lipis dari Pahang di UKM Oval, Bangi. 

 

Turut cemerlang ialah Parit Jawa dari Johor yang memenangi kedua-dua perlawanan.

 

 

KEPUTUSAN

 

Pekan kalahkan Kuala Langat dengan 7 larian.

Pekan 154-4 (25 over) Nazmi Fadhli Salih Hudin kekal 51, Iezzat Daniel Fiqry Ahmad 28, Abdul Rauf Aiman kekal 19, Taufiq Firdaus Saufi 15.  Syabil Ashwad Shaderon 2-15, Shahid Adzli 2-29.

Kuala Langat 147-7 (25 over) Amirul Asyraf 30, Syabil Ashwad Shaderon 24, Noraizam Asyraff Solehen 20, Asraf Abu Samah16.   Iezzat Daniel Fiqry Ahmad 2-16, Nur Syarina Shahrudin 2-21.

Pemain terbaik: Nazmi Fadhli Salih Hudin (Pekan).

 

Machang kalahkan Ipoh dengan 3 larian.

Machang 57 (11.3 over) Sandesh Supparamaniam 4-11, Syahmi Ismail 3-11, Akmal Alif Zainal 2-3.

Ipoh 54 (17.5 over) Akmal Aiman Rozino 15.  Rahman Razali 3-16, Afiq Haikal Firdaus 2-12, Nabil Osman 2-16.

Pemain terbaik: Rahman Razali (Machang).

Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Faizshal Niaz-Lyn (KL).

 

Parit Jawa kalahkan Kuching dengan 9 wiket.

Kuching 66 (18.5 over) Fitri Azlan 12, Padjar Hadar 11.  Syatirah Najwa Rizaudin 4-17, Shamsul Ikmal Shamsul Azman 2-13, Haziq Salikhin 2015.

Parit Jawa 68-1 (11.4 over) Shamsul Ikmal Shamsul Kamal Azman kekal 25, Afif Harith Sujak kekal 11.

Pemain terbaik: Syatirah Najwa Rizaudin (Parit Jawa).

 

Bayuemas kalahkan Kuala Lipis dengan 45 larian.

Bayuemas 104-8 (25 over) Aqil Akmal Zol kekal 20, Salahuddinsyam Nasaruddin 19, Vijay Unni Suresh 12.  Zam Firdaus Mohmad Nizam 3-14, Azim Mirza Nasir 2-14, Aqil Firdaus Ibrahim 2-21.

Kuala Lipis 59 (22 over) Vijay Unni Suresh 4-7, Thaqif Ukasyah Syukran Fadzli 4-14.

Pemain terbaik: Vijay Unni Suresh (Bayuemas).

  

JADUAL 4 JUN:

 

Bayuemas lwn Parit Jawa

(UKM Oval, 9 pagi)

 

Gemencheh lwn Kuching

(UKM Oval, 1.30 petang)

 

Ipoh lwn Kuala Langat

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

 

Kota Kinabalu lwn Pekan

(Bayuemas Oval, 1.30 petang)