Kuala Lipis gegar Kuching

KUALA LUMPUR: Wakil Pahang, Kuala Lipis menghimpun angka tinggi untuk membenam Kuching dari Sarawak dengan 103 larian dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 Jun 2014.

 

Dengan mengumpulkan 217 larian untuk tiga wiket dalam peruntukan 25 over, Kuala Lipis menghentikan kemaraan Kuching setakat 114 dalam 18.5 over. 

 

Turut sama memenangi dua perlawanan berturut-turut ialah Machang dari Kelantan yang menewaskan Pekan dengan lapan wiket di UKM Oval, Bangi.

 

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu dianjurkan sejak tahun 1999 dan menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

 

 

KEPUTUSAN

 

Parit Jawa kalahkan Gemencheh dengan 9 wiket.

Gemencheh 37 (11.4 over) Nurr Izzuddin Shari 10.  Hisyamuddin Kahhar 3-8, Afif Harith Sujak 2-5, Shamsul Ikmal Shamsul Azman 2-12.  

Parit Jawa 38-1 (5.2 over) Shamsul Ikmal Shamsul Azman kekal 15, Afif Harith Sujak kekal 15.

Pemain terbaik: Hisyamuddin Kahhar (Parit Jawa).

 

Kuala Lipis kalahkan Kuching dengan 103 larian.

Kuala Lipis 217-3 (25 over) Iz’aan Asri kekal 73, Azim Mirza Nasir kekal 72, Aqil Firdaus Ibrahim 25. 

Kuching 114 (18.5 over) Fitri Azlan 21, Khairul Fikri Hairun 21, Azhar Rosajeman 14.  Nur Arbaieyatul Husna Abdullah 2-3, Nurfarisya Izwani Norisman 2-9, Zam Firdaus Mohmad Nizam 2-21.

Pemain terbaik: Azim Mirza Nasir (Kuala Lipis).

 

Kuala Langat kalahkan Kota Kinabalu dengan 4 wiket.

Kota Kinabalu 88-8 (25 over) Adnan Darin 21, Firriyansyah Yakub kekal 9.  Hasriq Azmir 3-10, Norman Hakeem Rahim 3-16.

Kuala Langat 89-6 (18.5 over) Amirul Asyraf Mazni 9, Asraf Abu Samah kekal 7, Hafidzi Ngadiman kekal 6.  Haiqal Hakimie Rohzimi 4-26.

Pemain terbaik: Hazriq Azmir (Kuala Langat).

 

Machang kalahkan Pekan dengan 8 wiket.

Pekan 72 (21 over) Fawwaz Fahmi Yahaya 11, Dinie Ifwat Zainal kekal 7.  Zulhelmi Azmadi 2-9, Rahman Razali 2-15, Afiq Haikal Firdaus 2-17.

Machang 74-2 (14.5 over) Hakim Harisan kekal 22, Iqraam Hakim Akhir kekal 22.

Pemain terbaik: Hakim Harisan (Machang).

 

JADUAL 3 JUN:

 

Parit Jawa lwn Kuching

(UKM Oval, 9 pagi)

 

Bayuemas lwn Kuala Lipis

(UKM Oval, 1.30 petang)

 

Kuala Langat lwn Pekan

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

 

Ipoh lwn Machang

(Bayuemas Oval, 1.30 petang)