Kriket Perisai Raja-Raja

Perhitungan dalam ‘kumpulan juara’

 

SETELAH memenangi kejuaraan pada tahun 2003 di Kelab Kilat, Kuala Lumpur , Kedah bakal tercabar keperkasaan apabila menyertai semula Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja bermula 4 hingga 8 Mac ini di Bayuemas Oval di Klang dan UKM Oval, Bangi.

 

Berbekalkan kegarangan sebagai juara divisyen satu Liga Kriket Kebangsaan musim 2008, Presiden Persatuan Kriket Kedah, Ahmad Feisal A. Tajuddin mengumumkan bahawa barisan untuk pertandingan tahun ini akan digabungkan  dengan barisan belasan tahun yang berkemampuan.

 

 Walaupun berada dalam ‘kumpulan juara’ bersama penyandangnya, Tentera dan pasukan bawah 15 Melayu Malaysia daripada kumpulan A, skuad Kedah menjanjikan saingan berkualiti tinggi tanpa sebarang kekecewaan pada pengakhiran pertandingan tahun ini.

 

‘’Kami pernah memenangi kejuaraan dan Kedah bukannya calang-calang pasukan yang boleh diketepikan begitu sahaja sebelum pertarungan bermula,’’ kata Ahmad Feisal.

 

Apapun Tentera masih mengibarkan harapan untuk mengekalkan kejuaraan walaupun tanpa Ahmad Faiz M. Noor yang kini bermain untuk Selangor-UKM.

 

Bagi Tentera, status sebagai juara bahagian perdana Liga Kriket Kebangsaan 2008 sudah terbukti mereka sememangnya gagah di lapangan tengah.

 

Pengerusi Kriket Angkatan Tentera, Lt. Kol. Gerard Denis Singam mahu pasukannya mengekalkan kehehatan sebagai skuad No. 1 di Malaysia dan mengamalkan aplikasi yang benar-benar matang sewaktu bertarung kelak.

 

Negeri Sembilan sebagai finalis musim lepas akan berhadapan dengan kegarangan Selangor-UKM yang memiliki lapan pemain dalam senarai pelatih skuad bawah 19 Malaysia .

 

Pengurusnya, Fairus Shafie beranggapan mereka turut memiliki peluang seimbang untuk menjadi pasukan No. 1 tahun ini dengan keberkesanan perancangan jurulatih, Haris Abu Baker bakal menjadi faktor utama.

 

Ahmad Faiz akan bersama kapten pasukan, Shahid Ali Khan merupakan tenaga utama di samping Shafiq Sharif, Shahrulnizam Yusof, Haziq Zainuddin dan Aliman Ahmad.

 

PEMBAHAGIAN:

 

Kumpulan A: Tentera, Bawah 15, Kedah.

Kumpulan B: Negeri Sembilan, Selangor-UKM, Sabah

 

JADUAL:

 

4 Mac (Rabu)

Bawah 15 lwn Kedah

(UKM Oval, 10 pagi)

Negeri Sembilan lwn Sabah

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

 

5 Mac (Khamis)

Bawah 15 lwn Tentera

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

Selangor-UKM lwn Sabah

(UKM Oval, 10 pagi)

 

6 Mac (Jumaat)

Tentera lwn Kedah

(Bayuemas Oval, 10 pagi)

Negeri Sembilan lwn Selangor-UKM

(UKM Oval, 10 pagi)

 

7 Mac (Sabtu)

Separuh akhir di UKM Oval dan Bayuemas Oval

 

8 Mac (Ahad)

Babak akhir di Bayuemas Oval

 

 

 

Nota: Jika ada pertanyaan, sila hubungi Saudara Rosmanizam Abdullah melalui hp 016.3313355

 

 

Dikeluarkan oleh

Jabatan Media

Majlis Olimpik Malaysia