Kota Bharu sasar ke babak akhir

BARISAN pemain Kota Bharu yang merancang untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.KOTA BHARU - Pasukan Kota Bharu yang tersingkir tanpa diduga daripada saingan separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun lalu akan memastikan kegarangan untuk mara ke babak akhir pertandingan musim ini bermula 10 hingga 14 Jun ini di Bayuemas Oval, Klang.
 
Berada dalam kumpulan B bersama Westlands dari Pulau Pinang dan Kota Kinabalu (Sabah), Kota Bharu menjangkakan peluang untuk mara ke separuh akhir tidak menjadi masalah tetapi kerja keras dan kepintaran mencorakkan peluang amat diperlukan untuk ke babak akhir.
 
''Bertarung dalam perlawanan akhir merupakan matlamat utama kami dan jika menghitung nasib dalam peringkat itu, apa jua keputusan boleh terjadi,'' kata wakil Kota Bharu, Zainuddin Harun.
 
Kota Bharu memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji pada tahun 2006 dan merupakan antara pusat terbaik Program Pembangunan Kriket Remaja yang dikendalikan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Kelantan.
 
Pertandingan yang menawarkan hadiah wang kelolaan Kriket Melayu sejak tahun 1999 itu akan hanya menampilkan enam pasukan tahun ini tetapi kualiti persembahan dijangka masih di tahap tinggi.
 
Kumpulan A pula membariskan juara bertahan, Victoria dari Kuala Lumpur bersama Pekan Pahang) dan Kelab PJ dari Selangor.
 
Zainuddin berkata, dengan barisan yang lebih hebat tahun ini yang diketuai oleh Ahmad Faiz Nasir selaku kapten, skuad itu turut diperkuatkan oleh dua pembaling separuh pantas, Nazrul Ainullah dan Afnan Ghazli di samping pemutar kanan, Mahathir Razali.

 
JADUAL KOTA BHARU:
(Pusingan awal)
 
10 Jun:
Kota Bharu lawan Kota Kinabalu
 
11 Jun:
Kota Bharu lawan Westlands
 
Semua perlawanan di Bayuemas Oval.

BARISAN pemain Kota Bharu yang merancang untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.

BARISAN pemain Kota Bharu yang merancang untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan tahun ini.