Bayuemas tersungkur kepada pendatang baru

KUALA LUMPUR  - Juara dua tahun berturut-turut, Bayuemas dikejutkan pendatang baru, Kuching dari Sarawak dalam pembukaan Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada  1 Jun 2014.

 

Bayuemas dari Klang, Selangor yang hanya melakukan 76-7 dalam peruntukan 25 over dipintas Kuching hanya dalam 13.2 over.

 

Naib johan tahun lalu, Ipoh pula tersungkur kepada Pekan dengan lima wiket dalam pertemuan di UKM Oval di Bangi.

 

''Ini baru permulaan dan kami akan melakukan banyak lagi kejutan,'' kata penyelaras Kuching, A. Rahman Ibrahim.

 

 

KEPUTUSAN

 

Kuching kalahkan Bayuemas dengan 7 wiket.

Bayuemas 76-7 (25 over) Aqil Akmal Zol 18, Thaqif Ukasyah Syukran Fadzli 12.  Padjar Hadar 2-6.

Kuching 77-3 (13.2 over) Fitri Azlan 27, Padjar Hadar kekal 24.  Vijay Unni Suresh 3-26.

Pemain terbaik: Padjar Hadar (Kuching).

 

Kuala Lipis kalahkan Gemencheh dengan 116 larian.

Kuala Lipis 150-9 (25 over) Iz’aan Asri 51, Zam Firdaus Mohmad Nizam 18, Azim Mirza Nasir 13, Aqil Firdaus Ibrahim 10.  Shakir Zufayri Shah Nizam 4-16.

Gemencheh 34 (7 over) Shakir Zufayri Shah Nizam 9, Ali Roslan 8.  Azim Mirza Nasir 5-20, Zam Firdaus Mohmad Nizam 2-13.

Pemain terbaik: Iz’aan Asri (Kuala Lipis).

 

Pekan kalahkan Ipoh dengan 5 wiket.

Ipoh 88 (21.5 over) Sandesh Supparamaniam 16. Nazmi Fadhli Salih Hudin 5-19,Taufiq Firdaus Saufi 2-9, Muqris Nasir 2-12.

Pekan 89-5 (20 over) Iezzat Daniel Fiqry Ahmad kekal 40, Fawwaz Fahmi Yahaya 17.  Sandesh Supparamaniam 2-6, Izzat Muqri Zaki 2-6.

Pemain terbaik: Iezzat Daniel Fiqry Ahmad (Pekan).

 

Machang kalahkan Kota Kinabalu dengan 9 wiket. 

Kota Kinabalu 43 (17 over) Affzan Uda 5.  Nabil Osman 3-7, Afiq Haikal Firdaus 2-4. 

Machang 46-1 (6.5 over) Rahman Razali kekal 13, Hakim Harisan kekal 9.

Pemain terbaik: Nabil Osman (Machang).

 

JADUAL  2 JUN:

 

Gemencheh lwn Parit Jawa

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

 

Kuala Lipis lwn Kuching

(Bayuemas Oval, 1.30 petang)

 

Kota Kinabalu lwn Kuala Langat

(UKM Oval, 9 pagi)

 

Machang lwn Pekan

(UKM Oval, 1.30 petang)