Sri Lanka terus kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR - Sri Lanka meneruskan penguasaan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menumbangkan Afrika Selatan dengan 21 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 April 2014.

 

Kecemerlangan berkenaan memastikan negara kuasa besar kriket itu memenangi Trofi Tuanku Ja'afar sebanyak lapan kali dalam pertandingan yang dimulakan sejak 2004.

 

Setelah menguasai pusingan awal dengan semua kemenangan sejak pusingan awal Selasa lalu, Sri Lanka mengetuk 180-8 dalam permainan yang dikurangkan menjadi 38 over.

 

Apa pun sebaik sahaja sajian tengah hari, permulaan baik Afrika Selatan tidak memberi kelebihan kepada pasukan berkenaan dengan strategi pukulan berhati-hati. Pasukan itu mengakhiri permainan  setakat 159-6.

 

''Kami masih tidak berupaya untuk menafikan Sri Lanka. Kami akan pastikan tahun hadapan,'' kata ketua rombongan Afrika Selatan, Ismail Teladia.

 

KEPUTUSAN BABAK AKHIR

 

Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 21 larian.

Sri Lanka 180-8 (38 over) Raveen Yasas 29, Vihan Gunasekara 24, Sajith Sameera 23, Lahiru Attanayake 22, Kavindu Ediriweera 14, Nimesh Mendis kekal 12, Imesh Viranga 12.  Khanya Madinda 3-29.

Afrika Selatan 159-6 (38 over) Josh Breed kekal 61, Wade Dollman 36, Samuel Alexander kekal 14, Jonathan Murray 14, Joffvre Duminy 11.  Santhush Gunatilake 2-19.

Pemain terbaik babak akhir: Santhush Gunatilake (Sri Lanka).

Pemain terbaik kejohanan: Sajith Sameera (Sri Lanka).

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (KL).

Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH