Sri Lanka bertemu Afrika Selatan lagi dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka akan mengulangi pertemuan babak akhir menentang Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 April 2014.

 

Dalam perlawanan pusingan kedua (5 April) yang diselangi gangguan hujan di kedua-dua gelanggang permainan  termasuk Kinrara Oval, Sri Lanka menumpaskan Melayu Malaysia dengan 139 larian manakala Afrika Selatan membenam India dengan 51 larian.

 

''Kami yakin dapat memahat kejuaraan lagi berdasarkan prestasi dalam pusingan awal. Kami akan memastikannya,'' kata ketua rombongan Sri Lanka, Mohan Wickremesinghe.

 

Ketua delegasi Afrika Selatan, Ismail Teladia tidak mengalah awal tetapi menjanjikan permainan lebih baik dalam perlawanan akhir.

 

''Tahap pencapaian kami semakin baik dari semasa ke semasa dan mengharapkan pencapaian cemerlang esok,'' kata Ismail; jurulatih bertauliah tinggi bagi skuad sekolah-sekolah Afrika Selatan.

 

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan pertandingan merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu sejak tahun 2004 bagi menampung kesinambungan program pembangunannya.

 

KEPUTUSAN:

 

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 139 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 187 larian dalam 33 over.

Sri Lanka 161-6 (33 over) Lahiru Attanayake kekal 51, Sajith Sameera 29, Vihan Gunasekara 28, Kavindu Ediriweera 27.  Zaim Asnawi Osman 3-30.

Melayu Malaysia 48 (22 over) Ammar Zuhdi Hazalan 11.  Raveen Yasas 4-10, Kavindu Ediriweera 3-12, Santhush Gunatilake 2-4.

Pemain terbaik: Lahiru Attanayake (Sri Lanka).

Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).

Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

 

Afrika Selatan kalahkan India dengan 51 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 30 over kerana hujan.

Afrika Selatan 134-6 (30 over) Wade Dollman 42, Jonathan Murray 31, Ayden Croy kekal 16, Josh Breed 13.      

India 83-7 (30 over) Suraj Jadhav 17, Arnav Rohit Datta 17.  Samuel Alexander 3-12, Timothy Grills 2-8.

Pemain terbaik: Wade Dollman (Afrika Selatan).

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Bertle Alex James (NS).

Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).

 

BABAK AKHIR (6 APRIL)

 

Sri Lanka lwn Afrika Selatan

(Bayuemas Oval, 9 pagi)