Afrika Selatan tersungkur dengan tujuh wiket
Thursday, 03 April 2014 20:09
KUALA LUMPUR - Sri Lanka memenangi semua perlawanan pusingan awal untuk mara selesa ke pusingan kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa.
Dalam pertemuan di Kinrara Oval pada 3 April 2014, Sri Lanka membaham Afrika Selatan dengan tujuh wiket bagi beraksi menentang Melayu Malaysia di Bayuemas Oval 5 April ini.
''Kami mahu merangkul kejuaraan bagi tahun ketujuh berturut-turut dan pasukan yang datang ke Malaysia tahun ini merupakan skuad terkuat dalam sejarah penyertaan di Kuala Lumpur,'' kata jurulatihnya, Suraj Sanjeewa.
Di Bayuemas Oval pula, Melayu Malaysia menerima kekalahan tipis dengan India dengan empat larian.
''Walaupun tidak dapat menandingi pasukan di kalangan negara elit kriket dunia tetapi saingan skuad Melayu Malaysia kepada mereka semakin mencabar,'' kata pengurus Harith Shariff.
KEPUTUSAN:
India kalahkan Melayu Malaysia dengan 4 larian.
India 145-9 (40 over) Tejas Kishor Athare 52, Ganesh Sanjay Kharat 30, Suraj Jadav 17, Harshavardhan Prakash Patil 14. Akmal Khuzairi Karim 3-27, Zaim Asnawi Osman 2-33.
Melayu Malaysia 141-8 (40 over) Zubaidi Zulkifle kekal 55, Fadli Haris A. Rahman 23, Hasif Norhaizan 13, Faiz Kamaruzaman 11. Mohammed Zaid Qaiser 2-16, Mayank Vishwanath Kabadi 2-29.
Pemain terbaik: Tejas Kishor Athare (India).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 7 wiket.
Afrika Selatan 126-8 (40 over) Khaleel Tayob 29, Joffvre Duminy 25, Jonathan Murray 20, Wade Dollman 12. Raveen Yasas 3-22.
Sri Lanka 129-3 (30.1 over) Sajith Sameera 44, Ashel Sigera kekal 35, Vihan Gunasekara 29. Jonathan Murray 2-31.
Pemain terbaik: Raveen Yasas (Sri Lanka).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Bertle James (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
JADUAL 5 APRIL (PUSINGAN 2)
Sri Lanka lwn Melayu Malaysia
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Afrika Selatan lwn India
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)