India kalah teruk kepada Sri Lanka

KUALA LUMPUR - India terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan, Sri Lanka apabila tumpas 99 larian dalam pertemuan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kinrara Oval pada 2 April 2014.

 

Tanpa disangka India yang mengejar sasaran Sri Lanka hanya berupaya mengumpulkan 56 larian dalam 32.3 over. Sri Lanka yang memukul terdahulu menghimpun 155-8.

 

Dalam satu lagi perlawanan, Melayu Malaysia kalah tipis 20 larian kepada Afrika Selatan di Bayuemas Oval.

 

''Semakin hampir tetapi tidak kesampaian bagi kami. Tetapi pemain memukul dengan baik secara keseluruhan,'' kata pengurus, Harith Shariff.

 

KEPUTUSAN:

 

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 20 larian.

Afrika Selatan 176 (39.4 over) Josh Breed 51, Daniel Da Costa 41, Wade Dollman 24, Jonathan Murray 24, Khaleel Tayob.  Zaim Asnawi Osman 4-23.

Melayu Malaysia 156-4 (40 over) Zubaidi Zulkifle kekal 48, Ammar Uzair Fakri 32, Islah Muhaimin Zol 27, Fadli Haris A. Rahman 15.  Richard Baikoff 2-21.

Pemain terbaik: Zubaidi Zulkifle (Melayu Malaysia).

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Hafiz Zaman Huri (NS).

Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

 

Sri Lanka kalahkan India dengan 99 larian.

Sri Lanka 155-8 (40 over) Lahiru Attanayake kekal 62, Raveen Yasas 34, Sajith Sameera 12, Induwara Ranatunga.  Harshavardhan Prakash Patil 4-30, Mohammed Zaid Qaiser 2-20.

India 56 (32.3 over) Ganesh Sanjay Kharat 11, Tejas Kishor Athare 10. Raveen Yasas 5-6, Janindu Himsara 2-10.

Pemain terbaik: Lahiru Attanayake (Sri Lanka).

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Zaidan Taha Hasim (KEL).

Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).

 

JADUAL 3 APRIL:

 

Melayu Malaysia lwn India

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

Sri Lanka lwn Afrika Selatan

(Kinrara Oval, 9.30 pagi)