Permulaan cemerlang bagi Sri Lanka

KUALA LUMPUR - Sri Lanka memulakan aksi cemerlang dengan kemenangan pertama pada pembukaan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menewaskan Melayu Malaysia dengan 153 larian dalam saingan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 1 April 2014.

 

Dengan menghimpun 206-8 dalam 40 over, tuan rumah terhenti pukulan setakat 53 untuk memastikan Sri Lanka memenangi pertemuan mudah itu.

 

''Kami mahu memenangi gelaran bagi tahun ketujuh berturut-turut tanpa henti,'' kata ketua rombongan Sri Lanka, Mohan Wickremesinghe.

 

Dalam satu lagi perlawanan di Kinrara Oval, India tersentak dengan kekalahan 60 larian kepada Afrika Selatan.

 

Jurulatih India, Raju Kotwal berkata, kejutan berkenaan akan diatasi apabila bertemu Sri Lanka pada 2 April.

 

KEPUTUSAN:

 

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 153 larian.

Sri Lanka 206-8 (40 over) Sajith Sameera 66, Kavindu Ediriweera 50, Vihan Gunasekara 36, Nipun Sumanasinghe 17, Induwara Ranatunga 11.  Zaim Asnawi Osman 4-46.

Melayu Malaysia 53 (18.5 over) Fadli Haris A. Rahman 18.  Janindu Himsara 5-24, Ashel Sigera 2-4. 

Pemain terbaik: Janindu Himsara (Sri Lanka).

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (KL).

Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

 

Afrika Selatan kalahkan India dengan 60 larian.

Afrika Selatan 182-7 (40 over) Josh Breed kekal 79, Daniel da Costa 45, Wade Dollman 22, Samuel Alexander 17.  Harshavardhan Prakash Patil 3-27.

India 122-9 (39.5 over) Harshavardhan Prakash Patil 41, Kaustav Karan 14, Arnav Rohit Datta, 12, Tejas Kishor Athare 11.  Khanya Madinda 3-16, Wade Dollman 2-14, Richard Baikoff 2-19.

Pemain terbaik: Josh Breed (Afrika Selatan).

Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).

Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).

 

 

JADUAL 2 APRIL:

 

Melayu Malaysia lwn Afrika Selatan

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

India lwn Sri Lanka

(Kinrara Oval, 9.30 pagi)