UKM mudah atasi Tentera untuk kekal kejuaraan

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kembali bertenaga untuk membaham Tentera dengan lapan wiket dalam babak akhir Kriket Antara Negeri sekali gus menyimpan lagi Perisai Raja-Raja dalam pertemuan berat sebelah di Bayuemas Oval dekat sini pada 22 Februari 2014.

 

Ternyata percaturan Tentera yang memenangi undian dan memilih untuk memukul membawa bencana apabila tersekat aksi setakat 72 larian sahaja.

 

Nama-nama besar seperti Anwar Arudin (2 larian), Norwira Zazmie A. Halim (2) dan Suharril Fetri Shuib dengan 10 tidak bertahan lama di lapangan tengah.

 

''Angka ini terlalu kecil malah dalam T20 pula ia tidak boleh menjamin kemenangan langsung. Kami yang bermain baik sepanjang kejohanan dikecewakan dalam babak akhir ini,'' kata kapten Tentera, Rashid Ahad.

 

UKM selaku juara bertahan menamatkan permainan hanya dalam 16.5 over tetapi kehilangan Adzim Yahya dan Fikri Makram Rosdi. 

 

KEPUTUSAN:

 

UKM kalahkan Tentera dengan 8 wiket.
Tentera 72 (40.5 over) Rosman Zakaria 19, Ariffin Ramly 15, Suharril Fetri Shuib 10.  Shahrulnizam Yusof 3-12, Faruq Hakimin Azmi 2-12, Fauzan Malik 2-13, Haziq Zainudin 2-20.
UKM 74-2 (16.5 over) Haziq Zainudin kekal 30, Adzim Yahaya 19, Faiz M. Noor kekal 14, Fikri Makram Rosdi 11.
Pemain terbaik babak akhir: Shahrulnizam Yusof (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Fikri Makram Rosdi (UKM).

Pengadil: Bertle 'Alex' James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).

Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL)

PASUKAN UKM dan pegawai meraikan kejayaan menjuarai saingan merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, Klang semalam. - Gambar IZHAM JAAFAR