UKM bertemu Tentera lagi dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bertemu Tentera lagi dalam babak akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja yang berlangsung di Bayuemas Oval, dekat sini pada 22 Februari 2014.

 

Apapun prestasi tidak menentu UKM dalam pertandingan tahun ini pasti mengganggu peluang untuk mempertahankan kejuaraan manakala Tentera yang tumpas tahun lepas dilihat memiliki peluang yang lebih baik.

 

Dalam separuh akhir, Tentera menumbangkan Kelantan dengan sepuluh wiket di Bayuemas Oval manakala UKM masih 'terganggu' walaupun menang tiga wiket ke atas Negeri Sembilan di UKM Oval, Bangi.

 

''Kami akan memikirkan sesuatu yang positif pada hari rehat esok (21 Februari) untuk kembali dengan garang pada babak akhir Sabtu ini,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

 

Manakala Tentera tidak langsung membayangkan keresahan menjelang pertemuan akhir dua hari lagi.

 

''Seluruh anggota pasukan kami berada pada tahap terbaik untuk menjulang Perisai Raja-Raja tahun ini. Kami amat yakin,'' kata kapten Tentera, Rashid Ahad.

 

KEPUTUSAN:

 

Tentera kalahkan Kelantan dengan 10 wiket.

Kelantan 70 (31.1 over) Mahathir Razali 18, Fatah Ibrahim 15.  Shukri Rahim 4-22, Syazrul Ezat Idrus 3-11, Rashid Ahad 3-22.

Tentera 71-0 (12.5 over) Said Halimin Hasbi kekal 36, Anwar Arudin kekal 29.

Pemain terbaik: Shukri Rahim (Tentera).

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Bertle 'Alex' James (NS).

Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

 

UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 3 wiket.

Negeri Sembilan 126 (49.2 over) Anwar A. Rahman 24, Ibrahim Khalil Zakaria 21, Nik Nazran Sufri Anuay 18.  Fauzan Malik 3-12, Haziq Zainudin 2-20, Fitri Sham 2-24.

UKM 128-7 (30.5 over) Faiz M. Noor kekal 37, Fikri Makram Rosdi 29, Faizal Abu Hassan 18, Adzim Yahaya 17.  Nik Nabil Safwan Anuay 3-28, Islah Muhaimin Zol 3-33.

Pemain terbaik: Fauzan Malik (UKM).

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Khairul Izwan Mustapha (KEL).

Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (PAH).

 

 

BABAK AKHIR (22 FEBRUARI 2014)

 

TENTERA lwn UKM

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)