Purata larian bersih penentu kemaraan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan bernasib baik untuk berentap dalam separuh akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila memperoleh kelebihan purata larian bersih mengatasi dua lagi pencabar bagi slot kedua kumpulan.

 

Walaupun tumbang 185 larian kepada Tentera di Kajang Oval pada 19 Februari 2014, purata larian bersih -0.791 dapat mengatasi Perak-TLDM (-1.252) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan -1.504. Tentera menduduki tangga teratas kumpulan B dengan sembilan mata. Negeri Sembilan, Perak-TLDM dan UiTM masing-masing memperoleh tiga mata.

 

Terdahulu UiTM mengatasi Perak-TLDM dengan 63 larian di Victoria Oval, Kuala Lumpur. Dalam kumpulan A, Sabah pula mencatat kemenangan kedua mengatasi Sarawak dengan satu wiket. Apa pun perbezaan purata larian bersih juga telah memberikan kelebihan kepada Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk ke separuh akhir. Tiga pasukan itu masing-masing menang dua perlawanan.

 

Dengan kelayakan berkenaan, Tentera akan bertemu Kelantan (naib juara kumpulan A) manakala Negeri Sembilan bersaing dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (johan kumpulan A) dalam separuh akhir pada 20 Februari 2014.

 

''Kami panik menunggu keputusan purata larian bersih lebih-lebih lagi apabila Tentera memukul sehingga 333 larian. Semua selesai dan kami bersedia ke separuh akhir,'' kata pengelola Negeri Sembilan yang pernah menjadi pengurus skuad belia negara, Harith Shariff.

 

KEPUTUSAN:

 

Sabah kalahkan Sarawak dengan 1 wiket.

Sarawak 136 (42.5 over) Shaiful Sharom 31, Awang Amirul Rasyid Saddam 20, Daniyal Francis 19, Yusuf Annuar 12.  Fadzrin Kate-Lee 4-32, Roszaidi Roslan 2-15, Ghullfam Hussin 2-19.

Sabah 139-9 (36.2 over) Qayyum Khan Blukeni 23, Noor Afif Saufee 18, Trisman Rudi 15, Hamzah Amat kekal 14.  Iqbal Abdul Rahman 4-31, Rafizul Radiman 2-18, Daniyal Francis 2-25. 

Pemain terbaik: Fadzrin Kate-Lee (SAB). 

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).

Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

 

UKM kalahkan Kelantan dengan 104 larian.

UKM 218 (49.2 over) Adzim Yahaya 56, Faiz M. Noor 43, Faizal Abu Hassan 31, Haziq Zainudin 26, Fauzan Malik 17, Faruq Hakimin Azmi 16, Che Wan Razlan Zalati 11.  Fatah Ibrahim 3-44, Wafiq Irfan Zarbani 2-18, Mahathir Razali 2-47.

Kelantan 114-8 (50 over) Mahathir Razali 39, Wafiq Irfan Zarbani 14.  Faiz M. Noor 3-13, Shahrulnizam Yusof 3-16. 

Pemain terbaik: Faiz M. Noor (UKM).

Pengadil: Chamath Perera (Sri Lanka) & Ridhauddeen Rashid (KEL).

Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (PAH).

 

UiTM kalahkan Perak-TLDM dengan 63 larian.

UiTM 268-9 (50 over) Azman Tajri 96, Zubair Asyraf Nor Azmi 48, Norhamizan Hamidon 30, Muazzam Hadi 22, Amiruddin Azahar 17.  Fauzi Ariffin 6-39, Nazirul Izuddin A. Halim 2-42.

Perak-TLDM 205 (43.2 over) Fauzi Ariffin kekal 96, Sahrul Izuddin Mukhtar 34, Jazlan Jasmin 14, Ainool Hafizs M. Yatim 13, Norzaifee Zainal 12.  Amiruddin Azahar 5-58, Rasul Iqbal Ghazali 2-31, Nasiruddin Mazlan 2-47. 

Pemain terbaik: Fauzi Ariffin (Perak-TLDM).

Pengadil: Bertle James (NS) & Hazwan Rasyid Sabri (PAH).

Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

 

Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 185 larian.

Tentera 333-7 (50 over) Anwar Arudin 117, Rosman Zakaria 56, Suharril Fetri Shuib kekal 54, Norwira Zazmie A. Halim kekal 25, Rashid Ahad 17.  Fendi Alias 2-26, Nik Nazran Sufri Anuay 2-39.

Negeri Sembilan 148-9 (50 over) Azwar Tajri 34, Fendi Alias 30, Nik Nazran Sufri Anuay 27, Ibrahim Khalil Zakaria 17.  Syazrul Ezat Idrus 3-21, Rashid Ahad 2-12, Norwira Zazmie A. Halim 2-21. 

Pemain terbaik: Anwar Arudin (Tentera).

Pengadil: Khairul Izwan Mustapha (KEL) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Pencatat: Kamaruddin Ismail (PER).

 

 

SEPARUH AKHIR (20 Februari 2014)

 

TENTERA lwn KELANTAN

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

UKM lwn NEGERI SEMBILAN

(UKM Oval, 9.30 pagi)