UKM tertekan, tumbang kepada Sabah

KUALA LUMPUR - Sabah yang diletakkan sebagai pasukan tanpa sengat musim ini berjaya bangkit untuk menjerat juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila menang dengan tiga larian dalam Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di UKM Oval, Bangi pada 18 Februari 2014.

 

Sebagai pasukan pilihan, UKM membayangkan pertemuan mudah dalam aksi itu tetapi angka 141 yang dikumpul Sabah telah menyukarkan mereka selepas over ke-20. UKM yang berkedudukan 124-4 runtuh enam wiket sehingga 14 larian kemudian.

 

''Ini detik mencemaskan. Tak pernah kami menghadapi masalah sebegini. Kami perlu merenung masalah yang menekan kami pada perlawanan ini untuk maju mempertahankan kejuaraan,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

 

Dalam satu lagi perlawanan, Negeri Sembilan yang menang selesa dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kelmarin, tumpas kepada Perak-TLDM dengan lima wiket di Bayuemas Oval sekali gus membuka lagi pasukan lain untuk mara ke separuh akhir.

 

Kelantan memenangi pertemuan kedua dengan tujuh wiket ke atas Sarawak di Kajang Oval manakala UiTM kalah lagi dan semalam kepada naib juara  tahun lalu, Tentera dengan tujuh wiket di Victoria Oval, di sini.

 

KEPUTUSAN:

 

Perak-TLDM kalahkan Negeri Sembilan dengan 5 wiket.

Negeri Sembilan 114 (28.1 over) Fendi Alias 41, Alif Safwan Zol 22, Mubin Salahuddin 21.  Sahrul Izuddin Mukhtar 3-4, Mahyuddin Mansor 2-38, Fauzi Ariffin 2-27.  

Perak-TLDM 119-5 (34.4 over) Ainool Hafizs M. Yatim 41, Sahrul Izuddin Mukhtar 28, Mahyuddin Mansor kekal 15.  Nik Nabil Safwan Anuay 3-27.

Pemain terbaik: Sahrul Izuddin Mukhtar (Perak-TLDM).

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Hafiz Zaman Huri (NS).

Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

 

Sabah kalahkan UKM dengan 3 larian.

Sabah 141-9 (50 over) Roszaidi Roslan 24, Fadzrin Kate-Lee 23, Noor Afif Saufee 19, Trisman Rudi 19.  Fauzan Malik 2-19, Nik Azril Arifin 2-24.

UKM 138 (26.1 over) Faizal Abu Hassan 44, Fitri Sham 30, Adzim Yahaya 16, Haziq Zainudin 16, Fikri Makram Rosdi 15.  Hamzah Amat 4-32, Fadzrin Kate-Lee 2-6, Roszaidi Roslan 2-26.

Pemain terbaik: Hamzah Amat (SAB).

Pengadil: Chamath Perera (Sri Lanka) & Hazwan Rasyid Sabri (PAH).

Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (PAH).

 

Tentera kalahkan UiTM dengan 7 wiket.

UiTM 96 (38.4 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 32, Amiruddin Azahar 23, Rasul Iqbal Ghazali 11.  Suharril Fetri Shuib 5-13, Shukri Rahim 2-5, Nazri Noor 2-12.

Tentera 97-3 (15.5 over) Anwar Arudin 36, Said Halimin Hasbi 24.

Pemain terbaik: Suharril Fetri Shuib (Tentera).

Pengadil: Khairul Izwan Mustapha (KEL) & Ridhauddeen Rashid (KEL).

Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

 

Kelantan kalahkan Sarawak dengan 7 wiket.

Sarawak 143 (42.3 over) Daniyal Francis 23, Fairis Saupi 22, Awang Amirul Rasyid Saddam 14, Iqmal Mustaqim Kamrodin 13, Rafizul Radiman 11.  Faiz Ahmad Nasir 2-10, Fatah Ibrahim 2-23.

Kelantan 144-3 (25.2 over) Mahathir Razali kekal 61, Faiz Ahmad Nasir 47.

Pemain terbaik: Faiz Ahmad Nasir (KEL).

Pengadil: Bertle James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Pencatat: Kamaruddin Ismail (PER).

 

JADUAL 19 FEBRUARI 2014:

 

SARAWAK lwn SABAH

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

UKM lwn Kelantan

(UKM Oval, 9.30 pagi)

 

Perak-TLDM lwn UiTM

(Victoria Oval, 9.30 pagi)

 

TENTERA lwn N. SEMBILAN

(Kajang Oval, 9.30 pagi)