Permulaan baik bagi pasukan pilihan

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemenang kedua tahun lepas, Tentera mengharungi pembukaan dengan cemerlang dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja pada 17 Februari 2014.

 

Tentera menang besar ke atas Perak-TLDM dengan sembilan wiket di Victoria Oval, Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan perlawanan hanya dalam 8.4 over.

 

UKM pula bergaya mengatasi pendatang baru, Sarawak dengan 225 larian dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi. Pemukul pembukaannya dari Kelantan, Fikri Makram Rosdi mengumpulkan 201 larian tanpa tewas dibantu Adzim Yahaya dengan 51.

 

Di Bayuemas Oval, Kelantan mengetepikan Sabah dengan empat wiket setelah lawan dari Negeri Di Bawah Bayu itu cuma mengumpulkan 129 larian dalam 27.3 over.

 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula kalah 133 larian kepada Negeri Sembilan di Kajang Oval. UiTM tersekat pukulan pada angka 89 dalam 27.4 over.

 

''Sungguh malang.Semestinya kami berjanji akan membaiki pencapaian dalam pertemuan berikutnya,'' kata kapten UiTM, Zubair Asyraf Norazmi.

 

KEPUTUSAN:

 

Kelantan kalahkan Sabah dengan 4 wiket.

Sabah 129 (27.3 over) Ghullfam Hussin 40, Roszaidi Roslan 22, Fadzrin Kate-Lee 19, Trisman Rudi 11.  Zaidan Taha Hasim 4-29, Mahathir Razali 3-26, Fatah Ibrahim 2-18.  

Kelantan 130-6 (25.2 over) Zaidan Taha Hasim 41, Faeiz Redzuan Tarmizi kekal 29, Mahadi Muda 18, Faiz Ahmad Nasir 12, Mahathir Razali 11.  Roszaidi Roslan 4-45.

Pemain terbaik: Zaidan Taha Hasim (KEL).

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).

Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

 

UKM kalahkan Sarawak dengan 225 larian.

UKM 372-6 (50 over) Fikri Makram Rosdi kekal 201, Adzim Yahaya 51, Faizal Abu Hassan 43, Haziq Zainudin 22, Fitri Sham 15.  Asrul Fahmi Kamarulzaman 2-57.

Sarawak 147 (39.4 over) Shaharuddin Sham 39, Yusuf Annuar 16, Fairis Saupi 14, Iqbal Abdul Rahman 11.  Fauzan Malik 4-29, Fitri Sham 2-21, Haziq Zainudin 2-34. 

Pemain terbaik: Fikri Makram Rosdi (UKM).

Pengadil: Chamath Perera (Sri Lanka) & Khairul Izwan Mustapha (KEL).

Pencatat: Shaiful Azrol Azahan (PAH).

 

Tentera kalahkan Perak-TLDM dengan 9 wiket.

Perak-TLDM 75 (31.5 over) Jazlan Jasmin 19, Ainool Hafizs M. Yatim 16, Mahyuddin Mansor 10, Fauzi Ariffin 10.  Rashid Ahad 4-21, Norwira Zazmie A. Halim 3-15, Shukri Rahim 2-13.

Tentera 76-1 (8.4 over) Anwar Arudin 53, Syahadat Ramli kekal 10.

Pemain terbaik: Anwar Arudin (Tentera).

Pengadil: Bertle James (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).

Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

 

 

Negeri Sembilan kalahkan UiTM dengan 133 larian.

Negeri Sembilan 222 (47.4 over) Anwar A. Rahman 57, Mubin Salahuddin 38, Ibrahim Khalil Zakaria 22, Kamil Abu Bakar 18, Fendi Alias 14.  Muazzam Hadi 3-39, Azman Tajri 2-23, Nasiruddin Mazlan 2-48.

UiTM 88 (27.4 over) Khairul Izuan Razman 29, Zubair Asyraf Nor Azmi 13, Norharif Hamidon 12.  Islah Muhaimin Zol 4-17, Anwar A. Rahman 2-23, Azwar Tajri 2-25.

Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (NS).

Pengadil: Hazwan Rasyid Sabri (PAH) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Pencatat: Kamaruddin Ismail (PRK).

 

JADUAL 18 FEBRUARI:

 

N SEMBILAN lwn PERAK-TLDM

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

UKM lwn SABAH

(UKM Oval, 9.30 pagi)

 

TENTERA lwn UiTM

(Victoria Oval, 9.30 pagi)

 

KELANTAN Lwn SARAWAK

(Kajang Oval, 9.30 pagi)