Sarawak sertai percaturan 2014
Thursday, 06 February 2014 13:01
SARAWAK menyertai pertandingan merebut Perisai Raja-Raja (17 hingga 22 Februari 2014) buat pertama kali atas undangan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan saingan mereka benar-benar bakal menampakkan kecenderungan pasukan itu meletakkan harapan di bahu pemain muda.
Ini dibuktikan dengan senarai pemain ke pertarungan musim ini apabila dua pertiga pemain berusia bawah 20 tahun.

Presiden Persatuan Kriket Negeri Sarawak Awang Mahyan Awang Mohammed berkata, pembangunan pemain di negeri itu bermula secara serius hampir tiga tahun lepas dan penampilan pemain muda dalam kejohanan tahun ini boleh memberi 'pengertian' baru skuad Bumi Kenyalang itu.
''Saya merasakan inilah peluang bagus untuk pemain beraksi bersama pasukan hebat seperti Universiti Kebangsaan Malaysia selaku juara bertahan,'' kata bekas jurulatih pasukan bola sepak Sarawak itu.
Sarawak menghuni kumpulan A bersama UKM, Kelantan dan Sabah. Kumpulan B menampilkan naib juara tahun lepas, Tentera bersama Negeri Sembilan, Perak-TLDM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). UKM dan UiTM merupakan pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
Dari sudut perbandingan, UKM dan Tentera merupakan dua pasukan pilihan untuk berentap dalam babak akhir di Bayuemas Oval. Tiga lagi gelanggang yang menjadi hos pertarungan musim ini ialah UKM Oval, Bangi; Kajang Oval dan Victoria Oval.

JUARA 2013... Barisan UKM bermegah selaku juara Perisai Raja-Raja.
NORHARIF HAMIDON beraksi hebat sewaktu menentang Sabah tahun 2013.
FENDI ALIAS dari Negeri Sembilan (kiri) menghayun pukulan manakala penjaga wiket Kelantan, Faris Aizzat Shaari mengawal di belakang kayu pancang.