UKM A atasi lawan dengan lapan wiket

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan (UKM) A mudah menjinakkan UKM B dengan lapan wiket dalam saingan akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang pada 26 Januari 2014.

Ternyata skuad kedua UKM itu tidak dapat menandingi pasukan utamanya apabila angka 107 dapat dikejar hanya dalam 16.3 over. Pemukul awal, Faizal A. Hassan bertahan dengan 54 tanpa tewas dan pemain berasal dari Pasir Tumbuh, Kelantan, Fikri Makram Rosdi kekal 46 di lapangan tengah.

''Seminggu lagi, kami akan melakukan persediaan untuk saingan antara varsiti antarabangsa pada Mei di Kuala Lumpur. Kami yakin dapat mengulangi kecemerlangan,' kata pengelola UKM, Fairus Shafie.

Kejohanan anjuran bersama UKM dan Kriket Melayu itu digerakkan sejak tahun 2009 dan UKM memenangi semua gelaran.



KEPUTUSAN BABAK AKHIR:


Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia B dengan 8 wiket.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 107-9
(20 over) Vivegan Danapalan 34, Waqas Khalid Obeidy 17.  Faruq Hakimin Azmi 4-14.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 111-2 (16.3 over) Faizal Abu Hassan kekal 54, Fikri Makram Rosdi kekal 46.
Pemain terbaik babak akhir: Faizal Abu Hassan (UKM A).
Pemain terbaik kejohanan: Fikri Makram Rosdi (UKM A).
Pengadil: Bertle James (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).