Asia Pacific University menang perlawanan pertama

KUALA LUMPUR - Naib juara tahun 2009, Asia Pacific University (APU) memenangi perlawanan pertama saingan Kriket Twenty20 UKM apabila menewaskan Universiti Antarabangsa Albukhary (UAA) dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, Pelabuhan Klang pada 24 Januari 2014.

Walaupun pencapaian pasukan itu tidak begitu baik musim ini, kejayaan ke atas UAA  melonjakkan harapan pasukan berkenaan untuk meraih kemenangan kedua dalam pertemuan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 25 Januari.

''Apa pun jika dapat memenangi dua perlawanan sudah besar bagi kami pada tahun ini. Ramai pemain utama tidak dapat beraksi kerana terbabit dalam ujian di universiti,'' kata pengelolanya, Usman Hashmi.

Universiti Kebangsaan A pula mengalahkan UKM B dengan lima wiket dalam saingan di gelanggang sendiri, UKM Oval, Bangi.

Malang pula bagi UiTM apabila tumpas tipis; dua wiket dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


KEPUTUSAN:
 
Asia Pacific University kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 7 wiket.
Universiti Antarabangsa Albukhary 143-6
(20 over) Mohamad Anees 60, Md. Asif Mustaba kekal 43.  Usman Hashmi 3-15, Waqas Khan 2-32.
Asia Pacific University 144-3 (18.1 over) Usman Hashmi 55, Taimoor Touseef 29, Waleed Khan 24, Faizshal Niaz-Lyn kekal 18.
Pemain terbaik: Usman Hashmi (Asia Pacific University).
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Bertle James (NS).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 2 wiket.
Universiti Teknologi Mara 139
(19.3 over) Nor Azli Karim 35, Zubair Asyraf Nor Azmi 25, Amiruddin Azahar 17, Khairul Izuan Razman 17, Azman Tajri 15, Muazzam Hadi kekal 14.  Nurrul Amin Rahman 4-22, Mohammad Qesim 3-20, Mubeen Mustakeem 2-27.
Universiti Islam Antarabangsa 140-8 (18.5 over) Shariar Hasan Shuvo 56, Mohammad Qesim 32, Mahmudur Rahman 23, Hunain Altaf kekal 10.  Azman Tajri 3-27, Nor Azli Karim 2-13, Nasiruddin Mazlan 2-23.
Pemain terbaik: Shariar Hasan Shuvo (UIA).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia B dengan 5 wiket.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 102
(19.2 over) Waqas Khalid Obeidy 41, Vivegan Danapalan 17.  Fitri Sham 3-21, Fauzan Malik 2-10, Faruq Hakimin Azmi 2-15.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 106-5 (18.1 over) Adib Rahim 30, Fikri Makram Rosdi 29, Faizal Abu Hassan kekal 14, Fitri Sham 10.  Hameedur Rahman 3-21.
Pemain terbaik: Fitri Sham (UKM A).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Ariffin Ramly (NS).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

JADUAL 25 JANUARI:
 
UKM B lwn UIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
UKM A lwn Universiti Albukhary
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
Asia Pacific University lwn UiTM
(UKM Oval,9.30 pagi)