Matlamat penganjur ke babak akhir hampiri kenyataan

KUALA LUMPUR - Penguasaan kedua-dua pasukan tuan rumah, Universiti Kebangsaan A dan B semakin ketara apabila kedua-dua pasukan itu masing-masing menang perlawanan ketiga pada 23 Januari 2014.

Dengan berbaki dua lagi pertemuan, kedua-dua pasukan dibariskan oleh penganjur itu selesa dengan pengumpulan larian tinggi apabila bertemu lawan. Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, UKM B membenam Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 63 larian manakala pasukan A menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 49.

''Kami tidak tertekan lagi dan merasakan kedua-dua pasukan menghampiri kenyataan ke pertemuan terakhir Ahad ini. Ini matlamat sebenar,'' kata pengelola UKM, Fairus Shafie.

Dalam satu lagi perlawanan di UKM Oval, Bangi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengalahkan Asia Pacific University dengan lapan wiket.


KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 63 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 174-6 (20 over) Adzim Yahaya 72, Fadzrin Kate-Lee kekal 26, Vivegan Danapalan 25, Noor Afif Saufee 13, Waqas Khalid Obeidy 13.  Javed Raj 3-27.
Universiti Antarabangsa Albukhary 111-8 (20 over) Mohamed Shamran 27, Afraz Hamid kekal 19, Rashard Doole 12.  Fadzrin Kate-Lee 2-24, Asyraf Naim M. Sham 2-26, Hafis Saman 2-28.
Pemain terbaik: Adzim Yahaya (UKM B).
Pengadil: Bertle James (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 49 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 173-6 (20 over) Fikri Makram Rosdi 84, Faizal Abu Hassan 31, Adam Zulkifli kekal 22, Adib Rahim 20.  Muazzam Hadi 3-28.
Universiti Teknologi Mara 124-7 (20 over) Zubair Asyraf Nor Azmi kekal 51, Khairul Izuan Razman 17, Amiruddin Azahar 16, Nor Azli Karim 15.  Fitri Sham 2-14, Fauzan Malik 2-25.
Pemain terbaik: Fikri Makram Rosdi (UKM A).
Pengadil: Bertle James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Asia Pacific University dengan 8 wiket.
Asia Pacific University 91 (18.1 over) Faisal Hasan 17, Faizshal Niaz-Lyn 16, Waleed Khan 10.  Nurrul Amin Rahman 3-20, Abdullah Mahmud Khalid 2-5, Hunain Altaf 2-10.
Universiti Islam Antarabangsa 92-2 (15 over) Ahmed Ikram kekal 50, Shariar Hasan Shuvo kekal 14, Mohammad Qesim 13, Mahmudur Rahman 12.
Pemain terbaik: Ahmed Ikram (UIA).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Ariffin Ramly (NS).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).

JADUAL 24 Januari 2014:
 
Asia Pacific University lwn Universiti Albukhary
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
UiTM  lwn UIA
(Bayuemas Oval, 2.30 petang)
 
UKM A lwn UKM B
(UKM Oval, 9.30 pagi)